Page 52 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 52

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 4 Pemahaman


               6.  Cadangan pecahan soalan adalah sama seperti soalan pemahaman umum, iaitu:
                  (i)   Maksud rangkai kata secara literal
                  (ii)  Pemindahan maklumat, iaitu banding beza semua bahan yang diberikan.
                  (iii)  Pemikiran kritis / KBAT
                  (iv)  Penyelesaian masalah / KBAT

               7.  Tiada soalan berbentuk elemen sastera.


               Panduan Menjawab Bahagian Novel
               1.  Dua soalan dikemukakan dalam bahagian novel, iaitu Soalan 8(i) dan Soalan 8(ii).
               2.  Markah keseluruhan sebanyak 10 markah. Jumlah markah untuk ceraian (i) dan ceraian
                  (ii) adalah tidak tetap.
               3.  Ceraian (i) tidak ada markah bahasa yang khusus, sebaliknya berdasarkan deskripsi
                  pemarkahan yang ditetapkan.
               4.  Ceraian (ii) markah bahasa maksimum ialah dua markah yang dinilai secara holistik.
               5.  Soalan 8(i) berdasarkan petikan sebuah novel yang dipetik daripada mana-mana novel
                  keempat-empat zon.
               6.  Hanya satu petikan sahaja yang diberikan. Jawapan terdapat dalam petikan tersebut.

               7.  Soalan 8(ii) ialah soalan berdasarkan novel yang dipelajari oleh calon setiap zon. Soalan ini
                  berbentuk pemikiran kritis atau KBAT.






                  - Pecahan soalan seperti yang berikut

                    Dulu : (Pemahaman Komsas)           Kini
                    (a) Cerpen                          (a) Petikan umum (mengandungi 2 petikan)
                    (b) Drama                           (b) Petikan Sastera (mengandungi 3 petikan)
                    (c) Prosa Tradisional               (c) Novel  (dua pecahan soalan : (i) & (ii)
                    (d) Puisi Tradisional
                    (e) Sajak
























                                                          93                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57