Page 53 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 53
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 4 Pemahaman
Praktis SPM 1
A Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Buli siber di negara ini berada pada tahap serius yang memerlukan masyarakat berwaspada
terhadap ancaman ini. Buli siber menjadi ancaman kepada individu dan masyarakat. Buli ini lebih
berbahaya berbanding dengan buli secara fizikal kerana boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada
bila-bila masa tanpa kawalan. Mangsa buli tidak mengenal pembuli kerana buli siber dilakukan
melalui Internet. Buli siber berlaku disebabkan niat seseorang yang ingin menjatuhkan maruah
orang lain. Selain itu, buli siber juga bertujuan sebagai ugutan atau tebusan untuk mendapatkan
wang. Kesan buli siber ialah mangsa akan mengalami tekanan sehingga ada yang membunuh
diri. Pembuli akan mencipta akaun palsu di Internet. Sekiranya akaun ini dipadamkan oleh
pihak tertentu, mereka akan mencipta akaun palsu yang lain sehingga pembuli berjaya mencapai
matlamat dan hajatnya. Oleh itu, tindakan perlu dilakukan bagi membanteras masalah buli siber
dan pembuli harus dibawa ke muka pengadilan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Ancaman Buli Siber” oleh llah Hafiz dan Feride
Hikmat Atak, Berita Harian Online, 3 Januari, 2018)
Bahan 2
Keghairahan manusia menjadikan Internet sebagai jaringan perhubungan dan kewangan,
semakin banyak pihak yang mengambil kesempatan dengan menyebarkan berita palsu, fitnah,
dan kebencian. Kemudahan Internet memudahkan pengguna yang tidak bertanggungjawab
menyebarkan berita. Dalam hal ini, pihak berwajib sering menjadi sasaran orang awam kerana
dikatakan gagal menangani masalah penyalahgunaan media sosial dengan baik. Penyebaran
berita palsu akan terus berlaku selagi ada individu tertentu yang menyebarkannya. Tindakan
pihak penguat kuasa merupakan sebahagian daripada langkah penyelesaian, namun usaha untuk
menerapkan kesedaran dalam diri pengguna perlu bermula daripada akar umbi. Pengguna Internet
perlu mengamalkan pendekatan tapisan kendiri ketika melayari laman sosial dengan memahami
tujuan sesuatu berita sebelum disebarkan kepada orang lain.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Semak sebelum Sebar” oleh Matthew Chan,
Dewan Masyarakat, Ogos 2019)
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tanpa kawalan. [2 markah]
Maksud tanpa kawalan ialah tiada sekatan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 94

