Page 50 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 50

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

           5.   Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengansituasi dalam
                petikan tersebut.


              Kehidupan generasi dahulu penuh dengan adat dan pantang larang. Tujuannya adalah untuk
              mendidik dan memberikan pengajaran kepada masyarakat. Adat dan pantang larang ini diwarisi
              dari generasi ke satu generasi selama berabad-abad lamanya. Melanggar adat dan pantang larang
              dianggap sebagai satu kesalahan. Oleh itu, mereka sentiasa berpegang teguh dan memperjuangkan
              adat serta sanggup untuk menghukum sesiapa sahaja yang melanggar adat. Perubahan zaman
              menyebabkan masyarakat kini semakin melupakan pegangan dan adat yang pernah sebati dalam
              kehidupan masyarakat dahulu. Namun begitu, masih terdapat adat yang masih relevan dan kekal
              diamalkan oleh masyarakat moden kini.


             1.   Biar mati anak, jangan mati adat
                   Orang yang kuat berpegang  adat dan pantang larang.

             2.   tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas,
                   Adat yang tidak pernah berubah dan utuh sepanjang zaman.

             3.   Yang lama dikelek, yang baharu didukung

                   sesuatu yang lama itu tidak semestinya tidak elok dan yang baharu itu semesti elok dan ada
                   kalanya tidak elok.
                                                                                             [6 markah]

             Praktis SPM 2
                                          SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
                                                    [30 markah]
                                                Jawab semua soalan.

           1.   Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan  tiga kata nama terbitan. Kemudian, anda
                dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
                bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
                menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


                 Tugas sebagai seorang pendidik semakin mencabar dalam era globalisasi ini. Cabaran ini bu-
             kan sahaja berkait rapat dengan pedagogi di dalam kelas, malah meliputi pelbagai aspek seperti
             masalah disiplin, kerenah ibu bapa, dan perkembangan teknologi maklumat. Secara umumnya,
             perkembangan teknologi maklumat akan membantu para pendidik dalam proses pengajaran dan
             pembelajaran mereka. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir guru yang kurang
             mesra dengan teknologi ini. Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 merupakan persediaan pembelajaran
             yang berpusatkan murid dan mewujudkan iklim pembelajaran yang memberikan peluang kepada
             murid untuk belajar secara kolaboratif.

                                         (Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Memberikan Definisi
                    Baharu Seorang Pendidik” oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Masyarakat, Mei 2019)






           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               76
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55