Page 69 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 69

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 5 Rumusan

             Praktis SPM 2

           Soalan 1 : Rumusan                                                               [30 markah]

           Baca  petikan  dan  teliti  bahan  grafik  yang  disertakan  di  bawah  ini,  kemudian  buat  satu  rumusan  yang
           panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
           tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
           Bahan 1 – Petikan
                                                                       • dangkal – cetek pengetahuan
             Pengurusan sisa pepejal merupakan satu cabaran baharu di   • penalti – hukuman atau denda
                                                                       • nafsi – mementingkan diri sendiri
             Malaysia. Sisa pepejal ialah bahan  atau benda yang  mesti
                                                                       • delinkuen – tidak mematuhi peraturan
             dibuang setelah pecah, haus, lusuh, atau rosak.  Antara
             contoh sisa pepejal termasuklah sisa makanan, bahan pembungkusan seperti botol, plastik,
             kotak, kertas, tin aluminium, bahan logam, dan kayu. Terdapat juga sisa pepejal yang berbahaya
             seperti bahan kimia yang memerlukan kaedah pelupusan yang tersendiri. Masalah pengurusan
             sisa pepejal ini bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malah berlaku di kawasan yang
             mempunyai penduduk yang kecil. Masyarakat yang dangkal tentang kepentingan pengurusan
             sisa pepejal menjadi masalah utama. Hal ini akan menyebabkan kawasan ini dicemari oleh sisa
             pepejal kerana sistem pengurusan yang bersepadu belum dipraktikkan. Bahan buangan ini akan
             menyebabkan sungai tercemar dan hidupan air akan pupus.

                  Masyarakat disarankan agar mengamalkan amalan kitar semula dan menggalakkan
             mereka  membeli barangan  yang  dibuat  daripada  bahan  kitar  semula.  Selain  itu,  kerajaan
             perlu meningkatkan kesedaran dan kemahiran masyarakat dalam pengurusan sisa pepejal
             agar memberikan faedah dan hasil yang baik pada masa hadapan. Pewujudan peraturan dan
             garis panduan pelaksanaan sangat penting dalam  pengurusan  sisa  pepejal. Menggubal dan
             menguatkuasakan pengurusan sisa pepejal, khususnya bagi sisa pepejal bukan toksik dan
             berbahaya merupakan kaedah yang baik untuk memudahkan pengurusan sisa pepejal ini.
             Di samping itu,  penalti hendaklah dikenakan terhadap pelanggaran  undang-undang kepada
             kilang-kilang di Malaysia dengan menaikkan kadar bayaran denda terhadap pengusaha kilang
             yang nafsi dan delinkuen.

                   Penggunaan teknologi yang mesra alam dan selamat perlu dititikberatkan dalam
             pengurusan  sisa  buangan. Tapak-tapak pelupusan sisa  pepejal juga perlu dibina di  tempat-
             tempat yang bersesuaian. Kegagalan menguruskannya akan mendatangkan kesan yang buruk
             kepada alam sekitar dan kehidupan. Perancangan jangka masa panjang perlu dibuat segera agar
             masalah yang lebih besar berkaitan pencemaran alam tidak menghantui kehidupan masyarakat.
             Usaha-usaha bersepadu daripada jabatan kerajaan, swasta, dan orang ramai perlu digerakkan
             dari semasa ke semasa.

                  (Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Cabaran Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia”
                                               oleh Mohd. Armi Abu Samah dan Afiza Abdullah Suhaimi,
                                                                          Dewan Kosmik, Januari 2014)



           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              136
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74