Page 23 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 23
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• kempen membaca - menggalakkan rakyat membaca – majalah, surat khabar, dan buku
• membaca jambatan ilmu – dapat menambahkan ilmu pengetahuan
• generasi membaca generasi yang berjaya – menjadikan seseorang itu bijak – menyelesaikan masalah
yang sukar – membawa kejayaan kepada sesebuah negara
• ilmu dapat dijadikan panduan dalam kehidupan – sahsiah dan tingkah laku yang baik dapat dibentuk
– dicontohi oleh orang lain
Model Ulasan Mantap
Kempen membaca yang dihebahkan dari semasa ke semasa Sudut Kata
bertujuan untuk menggalakkan rakyat membaca. Bahan-bahan
bacaan yang boleh dibaca termasuklah buku, majalah, dan • sahsiah – keperibadian
surat khabar. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan
seseorang kerana membaca jambatan ilmu. Generasi yang membaca merupakan generasi
yang berjaya. Sikap suka membaca menjadikan seseorang itu bijak dan mampu menyelesaikan
masalah yang sukar. Kejayaan sesebuah negara mempunyai perkaitan yang rapat dengan
sikap rakyatnya yang suka membaca. Ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui pembacaan
juga dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, membaca dapat
membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang menjadi baik dan dicontohi oleh orang lain.
Tuntasnya, amalan membaca perlu dijadikan budaya hidup.
(96 patah perkataan)
Model
48 Buah-buahan Tempatan Pilihan Tepat
Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
Jom
makanbuah
Jualan buah-buahan tempatan
Faedah makan buah-buahan
tempatan:
• Segar dan berkhasiat
• Mudah diperoleh dengan
harga yang berpatutan
• Memajukan sektor
pertanian tempatan
56
Bab 1c Ulasan.indd 56 15/03/2021 11:15 AM

