Page 21 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 21
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan
Isi tersurat / Isi tersirat
• memajukan industri di negara ini – permintaan yang tinggi mendorong pengeluaran yang banyak
• kualiti barangan buatan Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa – mampu bersaing di
pasaran luar negara
• sokongan padu rakyat mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara – peluang
pekerjaan bertambah dan kadar kemiskinan dapat dikurangkan
Model Ulasan Mantap
Pelbagai barang dihasilkan oleh industri di Malaysia. Kempen "Belilah Barangan Buatan
Malaysia" bertujuan untuk menggalakkan rakyat di negara ini membeli barang-barang
keluaran sendiri. Hal ini akan memajukan industri di negara ini kerana permintaan yang
tinggi menyumbang kepada pengeluaran yang banyak. Tambahan pula, barangan buatan
negara ini mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan berjenama antarabangsa.
Malah, barangan buatan Malaysia sudah mampu bersaing di pasaran luar negara. Selain
itu, sokongan seluruh rakyat akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Peluang pekerjaan akan bertambah dan kadar kemiskinan dapat
dikurangkan. Tuntasnya, setiap rakyat perlu mengutamakan Sudut Kata
barangan buatan Malaysia semasa membeli-belah. • kualiti - mutu
(87 patah perkataan)
Model
46 Menjaga Kebersihan Sungai
Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
• Melupuskan sampah sarap
• Memelihara hutan
• Memantau kawasan sungai
Cintai Sungai Kita ...
54
Bab 1c Ulasan.indd 54 15/03/2021 11:15 AM

