Page 22 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 22
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• sampah sarap dilupuskan secara lebih sistematik bagi mengelakkan sungai tercemar – mengamalkan
amalan kitar semula
• kawasan hutan mesti dipelihara bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh yang akan mencemarkan
sungai – hutan yang digondol akan menyebabkan hakisan
• memantau kawasan sungai setiap masa – tidak ada sebarang aktiviti yang mencemarkan sungai
Model Ulasan Mantap
Malaysia merupakan bumi bertuah yang banyak mempunyai Sudut Kata
khazanah sungai. Kempen "Cintai Sungai Kita" bertujuan untuk
mengelakkan sungai daripada pencemaran. Sampah sarap • sistematik – menurut
sistem
perlu dilupuskan secara lebih sistematik bagi mengelakkan • gondol – botak
sungai tercemar. Lantaran itu, amalan kitar semula dapat
menghindarkan sampah sarap dibuang di merata-rata tempat. Selain itu, kawasan hutan
mesti dipelihara bagi mengelakkan sebarang kejadian tanah runtuh yang akan mencemarkan
sungai. Kawasan hutan yang digondol akan menyebabkan hakisan. Hal ini menyebabkan
sungai menjadi keruh dan cetek. Di samping itu, pihak berkuasa perlu memantau kawasan
sungai setiap masa agar tidak ada sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan sungai.
Kesimpulannya, sungai perlu dijaga setiap masa demi kebaikan bersama.
(98 patah perkataan)
Model
47 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
MARI
MEMBACA
MALAYSIA
Rajin Membaca Luas Pengetahuan
• Membaca jambatan ilmu
• Generasi membaca generasi berjaya
• Ilmu panduan kehidupan
55
Bab 1c Ulasan.indd 55 15/03/2021 11:15 AM

