Page 31 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 31
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
1 Demam Denggi
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
LANGKAH PENCEGAHAN
DARIPADA GIGITAN NYAMUK AEDES
Musnahkan tempat pembiakan Pasang jaring penghalang
nyamuk aedes nyamuk
Elakkan berada di luar rumah pada waktu puncak nyamuk aedes menggigit.
(6.00 – 8.00 pagi dan 6.00 petang – 8.00 malam)
Demam denggi sangat berbahaya kerana boleh membawa maut. Oleh itu, kita harus
mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.
Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat nyamuk aedes membiak seperti tin
kosong, botol kosong, tayar buruk, dan bekas plastik. Bak kata orang, mencegah lebih baik
daripada mengubatinya. Selain itu, pasanglah jaring penghalang nyamuk pada semua
tingkap di rumah. Hal ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah dan gigitan
nyamuk. Seterusnya kita hendaklah mengelakkan Sudut Kata
daripada berada di luar rumah pada waktu awal pagi
dan lewat petang. Hal ini kerana, waktu tersebut • maut – kematian
• membiak – bertambah menjadi
merupakan waktu puncak nyamuk aedes mengigit. banyak
Kesimpulannya, komitmen masyarakat amatlah • puncak – menjadi sangat-sangat
penting dalam usaha menangani penyakit demam • komitmen – tanggungjawab
• menangani – mengatasi
denggi.
(80 patah perkataan)
Koridor Peribahasa
• mencegah lebih baik daripada mengubati – menghalang penyakit lebih baik daripada
mengubati penyakit.
100
Bab 4 Karangan Pendek.indd 100 15/03/2021 11:20 AM

