Page 32 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 32
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
2 Amalan Membaca
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Peranan Ibu Bapa Menyemai Amalan Membaca kepada Anak-anak
menyediakan sudut bacaan di rumah – ibu bapa
menjadikan amalan membaca – rutin harian –
menjadi ikutan anak-anak – membawa anak-anak ke
kedai buku – memilih bahan bacaan yang diminati
– membaca itu jambatan ilmu
Amalan membaca dalam kalangan anak-anak harus disemai sejak kecil lagi. Oleh itu, ibu
bapa berperanan penting dalam usaha ini.
Ibu bapa harus menyediakan sudut bacaan di rumah. Sudut bacaan ini hendaklah
dilengkapi oleh pelbagai bahan bacaan dan kemudahan lain seperti kerusi, meja, dan
komputer. Dalam pada itu, ibu bapa hendaklah menjadikan amalan membaca sebagai rutin
harian mereka. Lama-kelamaan amalan ini akan menjadi ikutan anak-anak. Seterusnya, ibu
bapa hendaklah membawa anak-anak ke kedai buku. Hal ini supaya, mereka dapat memilih
bahan bacaan yang diminati oleh mereka.
Sudut Kata
Kesimpulannya, minat membaca harus disemaikan
dalam kalangan anak-anak kerana membaca itu • dilengkapi – dipenuhi
jambatan ilmu. • rutin – perkara yang biasa dan
selalu dilakukan
• ikutan – teladan
(80 patah perkataan)
Koridor Peribahasa
• membaca itu jambatan ilmu – ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui
pembacaan.
101
Bab 4 Karangan Pendek.indd 101 15/03/2021 11:20 AM

