Page 35 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 35
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model Masalah Jenayah dalam Kalangan
5 Remaja
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JENAYAH
DALAM KALANGAN REMAJA
ibu bapa hendaklah meluangkan masa dengan anak-anak – tidak terlibat dalam
pergaulan yang tidak sihat – bijak memilih kawan – media perlu menyebarkan
maklumat dan penerangan – keburukan melibatkan diri dalam jenayah – mencegah
jenayah dalam kalangan remaja – mencegah itu lebih baik daripada mengubati –
perlu kerjasama semua pihak
Belakangan ini, masalah jenayah yang melibatkan golongan remaja kian meningkat. Segala
permasalahan remaja haruslah diusahakan oleh semua pihak.
Ibu bapa harus meluangkan masa untuk melayan kerenah anak-anak yang sedang
meningkat dewasa. Hal ini untuk mengelakkan mereka daripada mencari keseronokan di
luar rumah dan terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat. Selain itu, para remaja harus
bijak memilih kawan. Jangan berkawan dengan remaja yang tidak bermoral kerana akan
menyusahkan diri serta keluarga. Seterusnya, pihak media perlu menyebarkan penerangan
tentang keburukan melibatkan diri dalam jenayah. Bak kata
orang, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Sudut Kata
• kerenah – kelakuan
Kesimpulannya, segala permasalahan yang bersabit • bermoral – berakhlak baik
dengan remaja dapat diatasi berkat kerjasama semua pihak. • bersabit – berkenaan
(80 patah perkataan)
Koridor Peribahasa
• mencegah lebih baik daripada mengubati – menghalang penyakit lebih baik daripada
mengubati penyakit
104
Bab 4 Karangan Pendek.indd 104 15/03/2021 11:20 AM

