Page 36 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 36

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 4 Karangan Respons Terhad
                 Model
                               6       Aku Sebuah Basikal




                Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
                50 hingga 80 patah perkataan.

                                              Aku Sebuah Basikal



                                                   Aku sebuah basikal – banyak pelanggan tertarik
                                                   oleh reka bentuk dan kelebihanku – dibeli
                                                   oleh sepasang suami isteri – dibawa pulang
                                                   – diberikan kepada anak mereka – gembira –
                                                   menunggangku ke sekolah – menyertai aktiviti
                                                   berbasikal – amat bertuah – dijaga dengan baik
                                                   – dibaiki sekiranya ada komponen badanku
                                                   yang rosak – selepas tuanku ke universiti –
                                                   tersimpan di dalam garaj kereta



                Aku sebuah basikal yang bernama Kumon. Banyak pelanggan tertarik oleh reka bentuk dan
                kelebihanku.
                    Suatu hari, aku dibeli oleh sepasang suami isteri. Aku diberikan kepada anak mereka,
                Amirul. Gembira sungguh Amirul menerimaku. Amirul menunggangku ke sekolah. Dia juga
                sering menyertai ayahnya menyertai aktiviti berbasikal di sekitar kawasan Putrajaya. Aku
                amat bertuah kerana mempunyai tuan yang amat pandai menghargaiku. Aku dijaga dengan
                baik dan dibaiki sekiranya ada komponen badanku yang rosak.
                    Aku digunakan oleh Amirul sehingga dia melanjutkan pelajarannya ke universiti. Selepas
                itu, aku hanya tersimpan di dalam garaj kereta.
                                                                             (80 patah perkataan)


                Sudut Kata

                  •  reka bentuk – corak, bentuk, dan spesifikasi
                  •  bertuah – beruntung
                  •  komponen – bahagian yang menjadikan sesuatu itu lengkap dan sempurna
                  •  garaj – bahagian bangunan tempat menyimpan kenderaan







                                                     105




       Bab 4 Karangan Pendek.indd   105                                                   15/03/2021   11:20 AM
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41