Page 27 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 27
BAB 4 Karangan Respons
Terhad
KEPERLUAN PT3 (PENTAKSIRAN TINGKATAN 3)
1. Soalan bentuk karangan respons terhad atau dikenal juga sebagai karangan pendek
dikemukakan pada Bahagian A dalam Kertas 2 (02/2), Ujian Bertulis.
2. Hanya satu soalan dikemukakan dan calon wajib menjawabnya.
3. Satu bahan rangsangan dikemukakan dan calon dikehendaki untuk menulis karangan
berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan yang diberikan.
4. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 15 minit.
5. Jumlah markah yang diperuntukkan dalam bahagian ini ialah 10 markah.
6. Panjang karangan calon hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Panduan Menulis Karangan Respons Terhad
1. Baca dan fahami tugasan soalan.
2. Kenal pasti kehendak soalan dan teliti maklumat, situasi, atau bahan rangsangan yang
diberikan.
3. Analisis bahan yang diberikan secara kritis. Fokus hendaklah diberikan kepada skop tajuk
dan isu yang berkaitan dengan perkara yang ingin dibincangkan.
4. Bina rangka karangan bagi memudahkan calon menulis serta mengelakkan daripada
berlakunya pengulangan isi.
5. Karangan hendaklah mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.
(i) Pendahuluan
• Perenggan pendahuluan mestilah membincangkan tema bahan secara khusus.
Pendahuluan hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat.
Contoh perenggan pendahuluan:
Isu pencemaran alam sekitar semakin serius akhir-akhir ini. Banyak faktor yang
menyebabkan pencemaran alam sekitar.
(ii) Isi / Idea
• Calon hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya tiga isi / idea yang relevan
dengan topik. Setiap isi / idea hendaklah disusun mengikut kepentingan.
• Isi / idea mestilah menjawab soalan yang diberikan dan diolah dengan jelas, iaitu
mengandungi fakta, huraian, dan contoh.
96
Bab 4 Karangan Pendek.indd 96 15/03/2021 11:20 AM

