Page 28 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 28

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 4 Karangan Respons Terhad
                       •  isi / idea yang kurang jelas akan menyebabkan calon menadapat markah yang rendah.
                          Contoh perenggan isi / idea:

                                Selain itu, kegiatan penebangan hutan yang tidak terkawal menjadi punca
                            pencemaran alam. Kemusnahan hutan menyebabkan pelbagai bencana alam,
                            seperti banjir dan tanah runtuh.


                    (iii) Penutup
                       •  Calon hendaklah menulis penutup karangan dalam satu perenggan.
                       •  Calon mestilah merumuskan tema / topik yang dibincangkan.
                       •  Penutup mestilah padat dan berkesan.
                          Contoh perenggan penutup:

                                Kesimpulannya, semua pihak haruslah membendung masalah ini segera
                            sebelum nasi menjadi bubur.

                  6.  Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.
                  7.  Calon boleh memasukkan peribahasa dalam karangan, tetapi peribahasa tersebut mestilah
                    tepat dan relevan dengan isi / topik yang dibincangkan.
                     Contoh peribahasa:

                           Peribahasa                             Contoh

                     Simpulan bahasa         Kaki bangku; kera sumbang; ayam tambatan; otak cair;
                                             anak emas; buah tangan
                     Perumpamaan             •  Seperti katak di bawah tempurung
                                             •  Genggam bara api biar sampai jadi arang
                                             •  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
                     Bidalan                 •  Biar putih tulang, jangan putih mata
                                             •  Jika kail panjang sejengkal; lautan dalam jangan diduga
                                             •  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk
                                                padahnya
                     Pepatah                 •  Ditelan mati emak, diluah mati bapak
                                             •  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
                                             •  Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
                                                muafakat

                     Kata-kata hikmah / Slogan  •  Bahasa jiwa bangsa
                                             •  Muafakat membawa berkat
                                             •  Pandu cermat, jiwa selamat
                                             •  Bersatu teguh, bercerai roboh




                                                      97




       Bab 4 Karangan Pendek.indd   97                                                    15/03/2021   11:20 AM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33