Page 33 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 33

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 4 Karangan Respons Terhad
               Model
                             3       Kepentingan Amalan Menabung




              Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
              50 hingga 80 patah perkataan.




                                    KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG



                   perlu diterap dalam kalangan murid – menabung sebahagian wang saku – sedikit-
                   sedikit, lama-lama menjadi bukit – pihak sekolah – memberikan penerangan –
                   kebaikan menabung – terapkan dalam setiap mata pelajaran – aktiviti kokurikulum
                   – pihak media massa – menyiarkan program – faedah menabung – terdorong untuk
                   menabung – pihak bank – memperkenalkan skim tabungan khas – menarik minat
                   murid-murid – diusahakan oleh semua pihak




              Kepentingan amalan menabung perlu dipupuk dalam kalangan murid. Pelbagai pihak harus
              berusaha untuk memupuk sikap suka menabung dalam kalangan murid.

                 Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak agar menabung sebahagian wang saku mereka.
              Walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit juga. Selain itu, pihak sekolah perlulah
              sentiasa memberikan penerangan tentang kebaikan menabung. Terapkan dalam setiap mata
              pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Seterusnya, pihak bank
              hendaklah memperkenalkan  skim tabungan khas untuk   Sudut Kata
              murid-murid.  Faedah daripada penyertaan skim ini akan   •  wang saku – duit belanja
              menarik minat murid-murid untuk menabung.            •  penerangan – penjelasan
                                                                   •  skim – rancangan
                 Tuntasnya, amalan menabung dalam kalangan murid   •  faedah – kebaikan
              haruslah diusahakan oleh semua pihak.
                                                                          (80 patah perkataan)

              Koridor Peribahasa
                •	 sedikit-sedikit,	lama-lama	menjadi	bukit	–	menyimpan	wang	atau	mengumpulkan	harta
                  sedikit	demi	sedikit	sehingga	menjadi	banyak








                                                   102




       Bab 4 Karangan Pendek.indd   102                                                   15/03/2021   11:20 AM
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38