Page 38 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 38
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
8 Faedah Hobi
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Mengisi Mengelakkan diri
masa daripada terjebak
lapang dalam aktiviti negatif
Memilih
hobi yang Faedah Menambahkan
bermanfaat Hobi ilmu
pengetahuan
Berpeluh dan Menyihatkan
pembakaran badan dan
lemak berlaku mencerdaskan
minda
Setiap orang mempunyai hobi tersendiri untuk mengisi masa lapang. Banyak faedah daripada
hobi seperti membaca buku, berenang, berbasikal, dan memancing.
Antara faedahnya ialah dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Seterusnya dapat mengelakkan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat. Dalam
pada itu, ada hobi yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya, hobi membaca
yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, Sudut Kata
hobi beriadah dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan
minda kita. Apabila bersukan, badan akan mengeluarkan • terjebak – tercebur ke
peluh dan berlakulah pembakaran lemak di dalam tubuh dalam sesuatu keadaan
yang tidak baik
yang menyebabkan badan kita cergas. • beriadah – bersenam /
berekreasi
Kesimpulannya, pilihlah hobi yang bermanfaat, bak kata • minda – akal fikiran
orang, tepuk dada tanyalah selera. • cergas – bertenaga dan
giat / aktif
Koridor Peribahasa
• tepuk dada tanyalah selera – sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah
difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri
107
Bab 4 Karangan Pendek.indd 107 15/03/2021 11:20 AM

