Page 40 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 40

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 4 Karangan Respons Terhad
                 Model
                              10       Tun Hussein Onn




                Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
                50 hingga 80 patah perkataan.

                                                   Tun Hussein Onn


                                 •  Dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru
                                 •  Menerima pendidikan awal di Singapura dan di Maktab Sultan Abu
                                    Bakar (MSAB), Johor Bahru
                                 •  Seorang yang tegas
                                 •  Menekankan isu-isu perpaduan kaum
                                 •  Mewujudkan budaya kerja yang berdisiplin dan berintegriti
                                 •  Diberikan gelaran “Bapa Perpaduan Malaysia”



                Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Beliau dilahirkan pada 12
                Februari 1922 di Johor Bahru.
                    Beliau  menerima  pendidikan  awal  di  Singapura  dan  di  Maktab  Sultan  Abu  Bakar
                (MSAB), Johor Bahru. Beliau merupakan seorang yang tegas. Perjuangan Tun Hussein Onn
                lebih menekankan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia. Beliau juga berperanan dalam
                memastikan keamanan dan  keharmonian  rakyat. Selain itu, beliau turut mewujudkan
                budaya kerja yang berdisiplin dan berintegriti dalam seluruh
                jabatan kerajaan. Hal ini demikian kerana, beliau amat benci   Sudut Kata
                akan gejala rasuah merupakan suatu penyakit dan perlu    •  tegas – jelas serta terang
                dihapuskan.                                           •  menekankan –
                                                                         mengutamakan
                                                                      •  berintegriti - kejujuran
                    Beliau diberikan gelaran “Bapa Perpaduan Malaysia”   •  keharmonian –  keadaan
                sebagai mengenang jasanya dalam memupuk perpaduan dan    mesra
                keharmonian rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
                                                                             (80 patah perkataan)
                   Segmen Info
                  Tun Hussein Onn
                  Penyertaan Tun Hussein Onn  dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila
                  dilantik sebagai Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein.
                  Seterusnya, Tun Hussein telah dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri
                  pada tahun 1973. Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak Dato Hussein ke rahmatullah pada
                  14 Januari 1976, satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO telah diadakan pada hari
                  tersebut dan Tun Hussein Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari
                  Khamis, 15 Januari 1976, Tun Hussein bin Dato Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana
                  Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara.


                                                     109




       Bab 4 Karangan Pendek.indd   109                                                   15/03/2021   11:20 AM
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45