Page 37 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 37

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 4 Karangan Respons Terhad
               Model
                             7       Semangat Kejiranan




              Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
              50 hingga 80 patah perkataan.




                        LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYEMAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN



                   hubungan yang baik antara jiran tetangga – dijalinkan – mengambil inisiatif –
                   menegur sapa jiran – mengadakan aktiviti kemasyarakatan – saling mengenali –
                   semangat kekitaan dapat dipupuk – amalan kunjung-mengunjungi – mengenali
                   adat resam dan budaya kaum lain – dapat bertemu muka dengan jiran tetangga
                   – semangat kejiranan yang kukuh – negara aman dan harmoni






              Kini, semangat kejiranan kian longgar. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah untuk
              menyemaikan semangat kejiranan perlu dilakukan.
                 Hubungan yang baik antara jiran tetangga hendaklah dijalinkan. Kita perlulah mengambil
              inisiatif untuk menegur sapa jiran jika ada kesempatan. Selain itu, semangat kejiranan
              dapat disemai melalui aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti ini membolehkan penduduk saling
              mengenali dan seterusnya semangat kekitaan dapat dipupuk. Di samping itu, semasa musim
              perayaan, kunjung-mengunjungi harus dijadikan amalan.
              Selain dapat mengenali adat resam dan budaya kaum lain,   Sudut Kata
              kita dapat bertemu muka dengan jiran tetangga.        •  longgar – renggang
                                                                    •  inisiatif – daya usaha
                 Kesimpulannya, semangat kejiranan yang kukuh akan   •  kekitaan – persaudaraan
              menjadikan negara kita aman dan harmoni.
                                                                          (80 patah perkataan)


              Koridor Peribahasa
                •	 nasi	menjadi	bubur	–		tiada	gunanya	bersedih	atas	perkara	yang	lalu	kerana	sudah
                  tidak	dapat	diubah	lagi








                                                   106




       Bab 4 Karangan Pendek.indd   106                                                   15/03/2021   11:20 AM
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42