Page 39 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 39
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
9 Menjaga Kesihatan
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAGA KESIHATAN
melakukan aktiviti fizikal – mengeluarkan peluh – 20 minit dalam satu sesi – makan
makanan yang berkhasiat – buah-buahan dan sayur-sayuran – banyak mengandungi
mineral dan vitamin – rehat dan tidur yang cukup – badan kita menjadi lesu – aktiviti
harian tidak dapat dilakukan dengan sempurna – harus mengambil berat tentang kesihatan
diri – menjalani kehidupan yang berkualiti
Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan
agar berada dalam keadaan yang baik.
Antara langkah yang perlu kita berikan perhatian adalah dengan melakukan aktiviti
fizikal yang mengeluarkan peluh. Aktiviti ini hendaklah dilakukan 20 minit dalam satu
sesi. Selain itu, kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat. Contohnya, buah-buahan
dan sayur-sayuran yang banyak mengandungi vitamin.
Seterusnya, kita mestilah mendapatkan rehat dan tidur yang Sudut Kata
cukup. Tanpa rehat yang cukup, badan kita menjadi lesu • fizikal – berkenaan
badan
menyebabkan aktiviti harian tidak dapat dilakukan dengan • sesi – suatu jangka
sempurna. masa berlakunya sesuatu
aktiviti
Sesungguhnya, kita harus mengambil berat tentang • berkualiti - bermutu
kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang
berkualiti.
(80 patah perkataan)
Segmen Info
Garis Panduan Bersenam:
• Pakaian mestilah bersesuaian, longgar, dan selesa serta memakai kasut yang sesuai.
• Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
✓ Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia)
✓ Petang (selepas pukul 6 petang)
• Persekitaran tempat senaman:
✓ Permukaan yang rata
✓ Suhu dan kelembapan udara terkawal
✓ Kawasan redup / teduh
✓ Tempat yang cukup terang
108
Bab 4 Karangan Pendek.indd 108 15/03/2021 11:20 AM

