Page 44 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 44
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
14 Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Usaha-usaha untuk Memperhebat Bahasa Melayu pada
Peringkat Antarabangsa
memperkenalkan para pemimpin
membuka peluang kursus Bahasa Melayu berucap dalam bahasa
kepada pelajar asing
belajar bahasa Melayu di institut pengajian Melayu semasa di luar
tinggi di luar negara negara
Kini, bahasa Melayu dikatakan telah disisihkan oleh masyarakat Malaysia. Oleh itu, usaha-
usaha perlu dilakukan untuk memperhebat bahasa Melayu di persada antarabangsa.
Institusi pengajian tinggi dalam negara harus membuka peluang kepada pelajar asing
mempelajari bahasa Melayu. Dengan itu, mereka akan menyebarkan bahasa Melayu di negara
mereka. Seterusnya, pihak kerajaan perlu memperkenalkan kursus Bahasa Melayu di institut
pengajian tinggi di luar negara. Penyebaran bahasa Melayu pada perngkat antarabangsa akan
berlaku sekiranya ada yang menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dalam pada itu, para
pemimpin negara diseru supaya menggunakan bahasa
Melayu ketika berucap di luar negara. Hal ini boleh Sudut Kata
mencetuskan kekaguman masyarakat luar terhadap • disisihkan – dipinggirkan
bahasa rasmi negara. • persada – pentas
• menyebarkan – mengembangkan
Kesimpulannya, perancangan strategi jangka panjang • mencetuskan – menimbulkan
hendaklah dijadikan wahana untuk membolehkan • wahana – saluran/ perantaraan
bahasa Melayu hebat pada peringkat antarabangsa.
(80 patah perkataan)
Segmen Info
Fungsi Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka
• Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi,
pembangunan dan penggalakan karyawan, dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar negara.
• Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, bahasa kebangsaan, dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan.
• Memberikan pengiktirafan dan / atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberikan
sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada
karya-karya bermutu.
• Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan.
113
Bab 4 Karangan Pendek.indd 113 15/03/2021 11:20 AM

