Page 49 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 49
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Haziq : Bagi diri saya, pertandingan ini penting kerana inilah pertama kali saya mewakili
negara. Sudah tentu perkara ini merupakan cabaran yang besar tetapi saya yakin,
berkat latihan dan bimbingan daripada jurulatih, saya mampu melangkah jauh
dalam pertandingan itu kelak. Bagi negara pula, pertandingan ini merupakan satu
daripada usaha untuk mengangkat maruah negara dalam pertandingan catur.
Sudah sekian lama, negara kita ketandusan pemain yang berbakat yang dapat
mengharumkan nama negara.
Zulhairi : Apakah persiapan yang saudara jalani untuk menghadapi pertandingan itu kelak?
Haziq : Pertama sekali, saya mengekalkan stamina diri. Untuk tujuan itu, saya berjoging
setiap hari. Walaupun nampak tiada perkaitan antara sukan catur dengan aktiviti
joging, tetapi stamina amat penting dalam permainan catur yang banyak menguji
kekuatan mental. Selain itu, saya menjalani latihan di bawah bimbingan seorang
jurulatih dari Amerika Syarikat. Saya juga berusaha untuk mengenal pasti kekuatan
para peserta lain dalam pertandingan itu kelak.
Zulhairi : Setakat ini, apakah cabaran yang saudara hadapi dalam memantapkan persiapan
tersebut?
Haziq : Semuanya berjalan dengan lancar hingga kini. Semua pihak memberikan sokongan
kepada saya. Malahan, saya baru sahaja menerima panggilan telefon daripada YAB
Perdana Menteri yang mengucapkan tahniah dan selamat bertanding. Panggilan
tersebut memang mengejutkan saya tetapi menambahkan semangat saya untuk
mengharumkan nama negara.
Zulhairi : Akhir sekali, apakah harapan saudara terhadap warga sekolah ini semasa saudara
menyertai pertandingan catur peringkat antarabangsa kelak?
Haziq : Saya berharap agar warga sekolah ini mendoakan kejayaan saya. Hal ini penting
agar laluan saya dipermudah sekali gus saya dapat melangkah ke peringkat akhir.
Saya juga berharap agar guru dan murid-murid sekolah ini terus memberikan kata-
kata semangat dan dorongan menerusi laman facebook dan twitter saya. Kata-kata
semangat ini penting agar saya terus berusaha dengan lebih gigih.
Zulhairi : Terima kasih atas kerjasama yang saudara Sudut Kata
berikan sepanjang temu bual ini. Semoga
saudara memperoleh kejayaan yang • memendam – menyimpan
membanggakan. • termakbul – tercapai
• stamina – daya tahan/ keupayaan
Haziq : Terima kasih.
Segmen Info
Dalam catur, raja merupakan buah catur yang paling penting. Objektif permainan ini adalah
untuk memerangkap raja lawan agar mustahil untuk lepas lari (syahmat). Jika buah raja pemain
diancam dengan tangkapan, keadaan ini dikatakan berada dalam keadaan mat, dan pemain perlu
menghapuskan ancaman tangkapan pada langkah seterusnya. Jika ini tidak dapat dilakukan, raja
dikatakan berada pada peringkat syahmat. Sungguhpun raja merupakan buah yang paling penting,
tetapi buah raja biasanya ialah buah paling lemah dalam permainan sehingga berada pada akhir
permainan.
225
Bab 5i K.Umum.indd 225 15/03/2021 11:33 AM

