Page 48 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 48

Bahasa Melayu PT3  Bahagian 2  Bab 5 Karangan Respons Terbuka
               Model                 Pertandingan Catur Remaja Peringkat
                           51        Antarabangsa



              Seorang murid sekolah anda telah terpilih mewakili negara dalam pertandingan catur remaja
              pada peringkat antarabangsa. Sebagai anggota sidang majalah sekolah, anda ditugaskan untuk
              menemu bual murid tersebut.
              Tulis temu bual itu selengkapnya.

                Rangka Karangan

                Pendahuluan
                •  mengucapkan tahniah – bertanyakan khabar – ceria kerana diberikan peluang untuk ditemu bual –
                  berasa gembira
                Isi-isi penting
                •  bertanyakan  sebab  pertandingan  itu  dianggap  penting  –  pertama  kali  mewakili  negara  –    untuk
                  mengangkat maruah negara dalam pertandingan catur
                •  bertanyakan persiapan yang dijalankan – berjoging setiap hari untuk mengekalkan stamina – menjalani
                  latihan di bawah bimbingan jurulatih dari Amerika Syarikat – berusaha untuk mengenal pasti kekuatan
                  para peserta lain
                •  bertanyakan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memantapkan persiapan – semuanya berjalan
                  dengan lancar – baru sahaja menerima panggilan telefon daripada YAB Perdana Menteri
                Penutup
                •  bertanyakan pesanan yang kepada warga sekolah – mendoakan kejayaan


                Model  Karangan  Mantap

              Seorang murid sekolah ini, Saudara Haziq bin Rashif telah terpilih untuk mewakili negara dalam
              pertandingan catur remaja peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Moscow, Rusia.
              Sebagai anggota sidang redaksi majalah Mekar, saya ditugaskan untuk menemu bual Saudara
              Haziq berkenaan kejayaannya mewakili negara. Yang berikut ialah hasil temu bual tersebut.

              Zuhairi  : Selamat pagi, Saudara Haziq. Apa khabar? Nampaknya saudara ceria sekali.
              Haziq  : Selamat pagi. Saya sihat. Saya ceria kerana diberikan peluang untuk ditemu bual
                      pada hari ini.
              Zulhairi :  Pertama sekali, saya mewakili anggota sidang redaksi majalah sekolah kita ingin
                      mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara mewakili negara dalam pertandingan
                      catur pada peringkat antarabangsa. Apakah perasaan saudara atas kejayaan ini?
              Haziq  : Terima kasih. Sudah tentu saya berasa amat gembira kerana sudah lama saya
                      memendam niat untuk mewakili negara. Pada tahun lepas, hajat saya hampir-
                      hampir termakbul tetapi saya terkandas pada peringkat akhir siri kebangsaan.
                      Walau bagaimanapun, usaha berterusan dan berkat doa semua, saya berjaya pada
                      peringkat akhir siri kebangsaan sekali gus membolehkan saya mewakili negara.
              Zulhairi : Mengapakah pertandingan ini dianggap penting kepada saudara dan negara?




                                                   224




       Bab 5i K.Umum.indd   224                                                           15/03/2021   11:33 AM
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53