Page 47 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 47
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Nur Izzah : Bagaimanakah perasaan saudara apabila diumumkan sebagai
murid terbaik SPM 20XX?
Zairi : Tentunya saya berasa amat bangga. Pada mulanya, saya agak
terkejut apabila dimaklumkan bahawa saya merupakan murid
terbaik SPM 20XX. Saya tidak menyangka perkara itu sama
sekali memandangkan saya bukan murid paling pintar di
sekolah. Walau bagaimanapun, saya berasa amat gembira.
Nur Izzah : Saya difahamkan bahawa saudara mendapat 9A+ dalam
SPM. Selain itu, saudara juga aktif dalam sukan badminton
dan sering mewakili sekolah pada peringkat daerah dan
kebangsaan. Bagaimanakah saudara membahagikan masa
antara pelajaran dengan sukan? 2. Isi-isi
Zairi : Walaupun saya amat meminati sukan badminton tetapi saya wawancara
tidak melalaikan pelajaran. Saya bermain badminton pada 2
sebelah petang selepas menyiapkan semua kerja sekolah dan
pada hujung minggu. Pada waktu-waktu lain saya mengulang
kaji pelajaran selain mengadakan perbincangan dengan rakan-
rakan dalam kumpulan belajar saya. Saya juga mempunyai
jadual waktu belajar dan sentiasa mendisiplinkan diri. Ibu
bapa saya selalu memantau pencapaian saya dalam pelajaran.
Nur Izzah : Jadi, ibu bapalah yang banyak membantu saudara?
Zairi : Ya. Guru-guru dan kawan-kawan juga banyak memberikan
nasihat dan tunjuk ajar.
Nur Izzah : Apakah azam saudara selepas ini?
Zairi : Saya berazam untuk mengekalkan pencapaian yang cemerlang
dalam pelajaran. Saya bercita-cita untuk menjadi saintis. Oleh
itu, saya mesti belajar dengan tekun untuk memastikan cita-
cita saya itu tercapai.
Nur Izzah : Saya pun berharap begitu. Saya mengucapkan terima kasih 3. Penutup
kepada saudara kerana sudi diwawancara. Semoga hasil
wawancara ini dapat menjadi panduan kepada murid-murid 1442443 3
yang lain. Selamat maju jaya.
Zairi : Terima kasih.
223
Bab 5i K.Umum.indd 223 15/03/2021 11:33 AM

