Page 45 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 45
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
15 Membanteras Vandalisme
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS VANDALISME
banyak kemudahan awam dirosakkan – langkah-langkah untuk membanteras kegiatan
vandalisme ini haruslah diambil – pendidikan merupakan asas untuk menangani masalah
– menyemai perasaan cinta akan harta benda awam – melalui subjek Pendidikan Islam
dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan – pesalah vandalisme hendaklah dikenakan
hukuman yang lebih berat – menjadi pengajaran – menganjurkan program yang berkaitan
dengan vandalisme – menyemaikan sikap bertanggungajawab – vandalisme ini haruslah
dibanteras
Banyak kemudahan awam telah dirosakkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, langkah-langkah untuk membanteras kegiatan vandalisme ini haruslah diambil.
Pendidikan merupakan asas untuk menangani masalah vandalisme ini. Oleh itu,
perasaan cinta akan harta benda awam diharap dapat disemai melalui subjek Pendidikan
Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu, pesalah vandalisme hendaklah
dikenakan hukuman yang lebih berat. Hal ini demikian supaya, hukuman ini akan menjadi
pengajaran kepada mereka. Seterusnya, pihak kerajaan perlu menganjurkan program yang
berkaitan vandalisme. Tujuannya menyemaikan sikap
bertanggungjawab terhadap harta benda awam kepada Sudut Kata
masyarakat. • vandalisme – perbuatan
merosakkan harta benda awam
Tegasnya, vandalisme ini haruslah dibanteras agar • teladan – perbuatan yang patut
diikut
tidak menimbulkan komplikasi kepada masyarakat dan • komplikasi – kesan
negara.
(80 patah perkataan)
Segmen Info
Orang ramai yang melakukan perbuatan vandalisme di kawasan pentadbiran MPM boleh dikenakan di
bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (Mdm) 1992 (Akta 171). Berdasarkan undang-undang tersebut,
jika denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Manakala
bagi kesalahan yang berterusan, pelaku akan dikenakan denda tidak melebihi RM1000 bagi setiap hari
kesalahan tersebut dilakukan.
114
Bab 4 Karangan Pendek.indd 114 15/03/2021 11:20 AM

