Page 50 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 50
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model
52 Kisah Perjuangan Tokoh Kemerdekaan
Persatuan Sejarah sekolah anda akan menerbitkan buletin yang memuatkan kisah-kisah
perjuangan tokoh kemerdekaan. Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, anda telah
ditugaskan untuk mewawancara tokoh sejarah di tempat anda.
Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
Rangka Karangan
Pendahuluan
ucapan salam – memperkenalkan diri – mengucapkan terima kasih kerana melapangkan masa
Isi-isi penting
• bertanyakan sebab tokoh menyertai gerakan mencapai kemerdekaan – telah diberikan peluang
mentadbir daerah – yakin bahawa kita mampu mentadbir dan menguruskan negara kita
• bertanyakan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union – menyemarakkan semangat orang
Melayu untuk bersatu dan menuntut kemerdekaan
• bertanyakan usaha-usaha yang dilakukan untuk mempercepat kemerdekaan – Parti Perikatan
mengadakan rombongan ke London – berjaya mendapat tarikh kemerdekaan
• bertanyakan pesanan tokoh kepada generasi muda – mempertahankan kemerdekaan –
Penutup
ucapan terima kasih
Model Karangan Mantap
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah, Persatuan Sejarah Sekolah
Menengah Datuk Bahaman akan menerbitkan buletin sejarah yang memuatkan kisah-kisah
perjuangan tokoh kemerdekaan yang masih hidup. Sebagai anggota sidang redaksi, saya
telah dapat mengesan seorang tokoh kemerdekaan di daerah kita. Beliau ialah Tuan Haji
Samsuddin bin Othman. Yang berikut ialah hasil wawancara saya dengan beliau.
Zuhaida : Assalamualaikum, tuan haji. Apa khabar, tuan haji?
Haji Samsuddin : Waalaikumussalam. Saya bersyukur kerana pada usia 85 tahun ini, saya
masih sihat dan mampu meneruskan kehidupan seperti orang lain.
Zuhaida : Saya anggota sidang redaksi majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk
Bahaman ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan haji kerana dapat
melapangkan masa untuk sesi wawancara ini. Hasil wawancara ini akan
dimuatkan dalam buletin sejarah yang akan diterbitkan oleh Persatuan
Sejarah sekolah.
Haji Samsuddin : Sama-sama. Saya pun berasa terharu kerana jasa dan perjuangan saya
dalam usaha memerdekakan negara masih dikenang oleh generasi muda.
Sesungguhnya, perjuangan saya masih segar dalam ingatan walaupun
negara kita sudah merdeka melebihi separuh abad.
Zuhaida : Bolehkah tuan haji ceritakan faktor tuan haji terlibat dalam perjuangan
mencapai kemerdekaan?
226
Bab 5i K.Umum.indd 226 15/03/2021 11:33 AM

