Page 52 - Sukses Model Penulisan 2022 PT3
P. 52
Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model Punca Peningkatan Masalah Jenayah
53 Membabitkan Remaja
Masalah jenayah yang dilakukan oleh remaja semakin meningkat di negara kita. Sebagai anggota
sidang redaksi majalah sekolah, anda telah diminta untuk mewawancara pegawai polis di daerah
anda untuk mendapatkan pandangan beliau tentang masalah ini.
Tulis wawancara anda selengkapnya.
Rangka Karangan
Pendahuluan
ucapan salam – memperkenalkan diri – mengucapkan terima kasih kerana sudi diwawancara
Isi-isi penting
• bertanyakan sebab-sebab kadar jenayah yang membabitkan golongan remaja semakin meningkat –
kurangnya pengawalan daripada ibu bapa – pengaruh rakan sebaya dan media massa – kurangnya
didikan agama
• bertanyakan cara-cara pihak polis menangani masalah – menjalankan program pemulihan dan
pendidikan – menempatkan mereka di sekolah pemulihan akhlak – melancarkan Kempen Remaja
Jauhi Jenayah
• bertanyakan pencapaian usaha yang dilakukan oleh pihak polis – menampakkan kejayaan
• bertanyakan pesanan kepada golongan remaja – jangan sekali-kali terlibat dengan aktiviti jenayah –
Penutup
mempunyai jati diri yang kuat – ucapan terima kasih
Model Karangan Mantap
Kejadian jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja semakin meningkat sejak akhir-
akhir ini. Perkara ini amat membimbangkan semua pihak kerana golongan remaja bakal
pemimpin negara pada masa depan. Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, saya
telah ditugaskan untuk mewawancara Inspektor Safwan Nurhafiz bin Ismail berhubung
dengan perkara ini. Yang berikut ialah hasil wawancara tersebut.
Zainal : Assalamualaikum, Tuan Safwan. Apa khabar, tuan?
Inspektor Safwan : Waalaikumussalam. Saya khabar baik dan sihat.
Zainal : Saya anggota sidang redaksi majalah Sekolah Menengah Datuk Sagor
ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana dapat melapangkan
masa untuk sesi wawancara ini. Hasil wawancara ini akan dimuatkan
dalam majalah sekolah.
Inspektor Safwan : Saya pun mengucapkan terima kasih kepada pihak majalah sekolah
kerana mewawancara saya. Sebagai pegawai keselamatan, saya berasa
gembira kerana dapat berkongsi maklumat dengan murid-murid
menerusi majalah sekolah saudara.
Zainal : Sejak akhir-akhir ini, kadar jenayah yang membabitkan golongan remaja
semakin meningkat. Pada pendapat tuan, mengapakah perkara ini berlaku?
228
Bab 5i K.Umum.indd 228 15/03/2021 11:33 AM

