Page 15 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 15

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa

          Reena  :  Hafiz, apakah yang sedang kamu baca?
          Hafiz   :  Saya  sedang  membaca  risalah  tentang  bidang  penternakan.  Bidang  ini  memberikan
                   keuntungan yang lumayan kepada kita jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh
                   untuk menjayakannya.
          Reena  :  Benarkah begitu?
          Hafiz  :  Benar, Reena. Namun begitu, kita harus mendalami ilmu penternakan terlebih dahulu
                   dengan mengikuti kursus-kursus penternakan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan
                   Veterinar.  Dengan  demikian,  kita  dapat  menyelesaikan  apa-apa  masalah  yang  timbul
                   dengan mudah.
          Reena  :  Oh, begitu! Adakah kamu mengenali siapa-siapa yang mengusahakan bidang ini?
          Hafiz  :  Ada,  Reena.  Bapa  saudara  saya  menjalankan  penternakan  kambing  Jamnapari  dan
                   Boer di Perak. Sudah 10 tahun beliau menjalankan penternakan itu dan hasilnya amat
                   memberangsangkan.  Kami  sering  berkunjung  ke  sana  setiap  kali  cuti  sekolah.  Saya
                   membantu beliau membersihkan kandang kambing dan memberi kambing makan.


           Golongan Kata       Contoh                               Ayat

                                          Saya  sering  membantu  ibu  mencuci  pinggan  di  dapur  pada
                            saya
                                          masa lapang.
          Kata Ganti Nama
          Diri Orang
                                          Kita  hendaklah  mematuhi  setiap  peraturan  yang  telah
                            kita
                                          ditetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

                                          Siapa-siapa yang ingin membeli buku rujukan boleh datang ke
                            siapa-siapa
                                          dewan sekolah sekarang.
          Kata Ganti Nama
          Diri Tanya
                                          Cikgu Hana meminta murid-murid bertanyakan apa-apa sahaja
                            apa-apa
                                          soalan yang ingin diketahui oleh mereka.


         Tugasan Berpandu      2


        Baca petikan di bawah ini dengan teliti  dan senaraikan  empat kata adjektif.  Kemudian anda dikehendaki
        membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
        faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
        menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

          Kes  penipuan  dalam  alam  siber  sering  berlaku  dan  banyak  laporan  telah  dibuat  oleh  mangsa.
          Mangsa yang terjerat dalam alam siber ini tidak mengira usia. Ada antara mereka daripada kalangan
          golongan  muda,  tua,  dan  warga  emas.  Kebanyakan  daripada  mereka  bukan  sahaja  kehilangan
          wang berjumlah ribuan ringgit malahan ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Namun begitu,
          kegiatan jenayah ini seakan tiada berkesudahan. Penjenayah semakin berani dan menggunakan
          pelbagai modus operandi untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Terkini, ada penjenayah yang
          menyamar sebagai pegawai polis dan menghubungi mangsa untuk menyalurkan sejumlah wang
          ke akaun yang diberikan. Bagi mangsa yang waswas akan permintaan pelik tersebut akan segera
          menamatkan panggilan. Walau bagaimanapun, mangsa yang naif dan lurus pula tidak akan berfikir
          panjang lalu melakukan tindakan seperti yang disuruh oleh si penjenayah. Akibatnya, wang di
          dalam bank lesap dan tidak akan dapat dikembalikan.

        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               44
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20