Page 19 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 19

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
           Petikan 2



                  Bunga  raya  memilih  sebagai  bunga  kebangsaan  berdasarkan  kriteria  bunga  ini  sudah
             terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama, mudah
             dijumpai, dan tidak bunga kebangsaan mana negara lain di dunia pada ketika itu. Berdasarkan
             kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-
             Haj telah mengistiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya
             sebagai bunga kebangsaan dilihat sangat tepat kerana lima kelopak yang ada kepada bunga raya
             melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai
             bunga perpaduan.
                                                   Dipetik dan diubah suai daripada Bunga Kebangsaan
                                                                                    malaysia.gov.my



             1.  memilih – dipilih

             2.  tidak – bukan


             3.  mana – mana-mana

             4.  mengistiharkan – mengisytiharkan

             5.  kepada – pada


           Tugasan Berpandu       2


           Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
           Senaraikan  dan  betulkan  kesalahan-kesalahan  itu.  Bagi  setiap  petikan  anda  tidak  boleh  menyenaraikan  lebih
           daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
           tersebut.

           Petikan 1


                  Bermula pada tahun 2000, istilah sambutan hari kebangsaan telah berganti dengan nama
            “Perayaan Bulan Kemerdekaan”. Perayaan ini berjalan selama sebulan yang bermula daripada 17
            Ogos sehingga 16 September. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dataran
            Merdeka pada 17 Ogos. Acara kemuncak adalah Perayaan Ambang Merdeka peringkat nasional
            yang diadakan pada malam 30 Ogos yang bertempat dari Dataran Shah Alam.

                              Dipetik daripada ‘Ulang Tahun Kebangsaan’ oleh Nurzuliana Kamaruzaman,
                                                  Dewan Siswa, Bil. 8/2020, Dewan Bahasa dan Pustaka


             1.  hari kebangsaan – Hari Kebangsaan

             2.  berganti – digantikan



                                                       53                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24