Page 12 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 12
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 2 Karangan Esei
pameran dan jualan. Kebanyakan pelancong sama ada pelancong domestik atau pelancong luar
negara akan membelinya sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan.
Terdapat juga produk kraf tangan ini dijual melalui dalam talian.
Setakat ini sahaja buat kali ini. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin menjemput saudara
datang ke rumah saya pada musim cuti nanti untuk melihat secara langsung cara-cara membuat
kraf tangan ini. Produk kraf tangan ini juga boleh dilihat di laman-laman web. Saya berharap
agar kita dapat bertemu lagi di lembaran yang lain. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Mikail
Praktis SPM 2
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1
Matrikulasi merujuk proses kemasukan rasmi ke universiti atau proses kelayakan untuk masuk ke
universiti.
Program matrikulasi merupakan satu program persediaan prauniversiti bagi lepasan SPM
(90% Bumiputera) untuk melanjutkan pelajaran sebelum ke peringkat Ijazah Pertama di universiti
ataupun kolej universiti.
Program prauniversiti ini sebelum ini dikendalikan oleh setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) sendiri sejak lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih dan menyatukan program matrikulasi
bertujuan untuk menyelaraskan dan menyeragamkan pelaksanaan program tersebut.
Dipetik daripada Matrikulasi di Malaysia,
ms.wikipedia.org
Petikan menunjukkan program matrikulasi di Malaysia. Anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke kolej
matrikulasi selepas tamat SPM nanti.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk memaklumkan dan meminta pandangan beliau. Domain: Pendidikan
Soalan 2
Pengawas sekolah merupakan murid-murid yang dipilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak
dan keterampilan yang baik dan cemerlang. Namun begitu, ada juga murid yang memikul jawatan
ini secara sukarela. Selain itu, pengawas juga dipilih daripada kalangan murid yang mempunyai
pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang.
Dipetik daripada Pengawas sekolah,
ms.wikipedia.org
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16

