Page 13 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 13

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 2 Karangan Esei
           Petikan menerangkan fungsi pengawas  di sesebuah  sekolah. Dalam  pada itu, anda menerima sepucuk  surat
           daripada rakan anda yang baru dilantik menjadi pengawas sekolah. Dia ingin tahu tentang tugas dan peranan
           pengawas di sesebuah sekolah.

           Balas surat tersebut selengkapnya.   Domain: Pendidikan


             C    Wawancara / Temu Ramah / Dialog


            Model Karangan



            Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan istilah “Halal”) 1975 adalah seperti
            yang berikut:
            Apabila istilah ini digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa bentuk sekalipun, dalam
            proses perdagangan atau perniagaan  sebagai satu aspek perdagangan atau sebahagian  daripada
            satu aspek perdagangan untuk makanan yang disebut, istilah ‘Halal’, ‘Dijamin Halal’ atau ‘makanan
            Islam‘ atau apa-apa terma lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan atau mungkin difahamkan
            sebagai  bermaksud  untuk  menunjukkan  halal  dimakan  oleh  orang  Islam  dan  dibenarkan  dalam
            agama mereka sebagai makanan yang disebut untuk dimakan.
                                                        Dipetik daripada Takrifan Halal, halal.gov.my



           Petikan menerangkan takrifan halal di Malaysia mengikut perintah perihal dagangan 1975. Anda berpeluang
           untuk mewawancara seorang pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang makanan
           halal di Malaysia.
                                                                                           Portal rasmi
                                                                                           halal Malaysia
           Tulis wawancara itu selengkapnya.   Domain: Awam

                                                                                    INFO
           Rangka Karangan


            Pendahuluan:  maklumat ringkas tentang diri pewawancara dan pihak yang diwawancara – tarikh,
            masa, dan tempat wawancara – memperkenalkan diri – menyatakan tujuan wawancara


              Perenggan / Isi                  Huraian                               Contoh

            1  /  maksud         makanan yang bersih – binatang        alkohol, makanan beracun,
                makanan halal    disembelih – bebas daripada yang      anjing, khinzir, katak, kura-kura,
                                 diharamkan syarak                     dan buaya


            2  /  tujuan kerajaan   menjaga kepentingan makanan        pelancong dari Asia Barat dan
                menjadikan       rakyat supaya terjamin kebersihannya   Eropah makan makanan halal
                negara ini       – memudahkan pelancong luar
                sebagai hab      mendapat makanan halal – menjadikan
                makanan halal    negara ini pengeluar utama makanan
                                 halal dunia



                                                       17                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18