Page 16 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 16

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
          B    Sintaksis



        Panduan Menjawab Soalan

          1.  Sintaksis merupakan bidang yang berkaitan dengan frasa dan ayat.
          2.  Murid perlu membaca dan memahami soalan yang diberikan sebelum menjawab.
          3.  Antara skop soalan sintaksis termasuklah membina ayat, menukar susunan ayat susunan
             biasa kepada ayat susunan songsang atau sebaliknya, menukar ayat aktif kepada ayat pasif
             dan sebaliknya, pola ayat, ragam ayat, jenis-jenis ayat, menukarkan cakap ajuk kepada
             cakap pindah dan sebaliknya, dan sebagainya.
          4.  Jumlah soalan dan pemarkahan tidak tetap dan bergantung pada arahan soalan.
          5.  Skema pemarkahan ialah analitik.


         Tugasan Berpandu      1


        Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang
        anda pilih seperti yang berikut.


               Selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), pembelajaran dalam talian yang dituntut
          dalam  norma  baharu  ini  bukanlah  sesuatu  yang  janggal  dalam  pendidikan.  Objektif  PAK-21
          adalah untuk melatih menjadi menjadi lebih komunikatif, kolaboratif, kreatif, dan kritis berfikir.
          Hal ini sudah pasti menuntut guru-guru supaya lebih maju dalam bidang teknologi agar dapat
          berkongsi ilmu dengan lebih efektif. Guru tidak lagi berfungsi sebagai orang yang memberikan
          ilmu tetapi menjadi moderator untuk mendidik murid-murid mendapatkan ilmu. Sejajar dengan
          kemajuan teknologi, ilmu bisa diperoleh di hujung jari. Oleh itu, guru memberikan panduan tentang
          cara  murid-murid  dapat  memperoleh  ilmu  daripada  pelbagai  sumber.  Kemudian,  ilmu  tersebut
          dipersembahkan melalui aplikasi khas untuk pendidikan yang tersedia dalam talian. Sebagai contoh,
          subjek yang berasaskan pembacaan atau teori agak bosan jika pembelajarannya menuntut banyak
          pembacaan dan menyalin nota.

                                                                   Dipetik dan diubah suai daripada
                                                    Pembelajaran dalam Talian sebagai Norma Baharu,
                                                                                      usim.edu.my



          1.  Subjek   :  Selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), pembelajaran dalam talian yang
                        dituntut dalam norma baharu ini

             Predikat  :  bukanlah sesuatu yang janggal dalam pendidikan



          2.  Subjek   :  Objektif PAK-21

             Predikat  :  adalah untuk melatih menjadi menjadi lebih komunikatif, kolaboratif, kreatif, dan kritis

                        berfikir

        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               48
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21