Page 18 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 18

Bahasa Melayu  Ting. 5 KBSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
          C    Penyuntingan


        Panduan Menjawab Soalan

          1.  Baca arahan soalan dengan teliti.
          2.  Kemudian, baca setiap ayat dengan teliti untuk mengenal pasti kesalahan bahasa sama
             ada dari aspek perbendaharaan kata, golongan kata, pengimbuhan, pemajmukan, atau
             penggandaan.
          3.  Garisi kesalahan itu.
          4.  Tulis kesalahan itu dan pembetulannya pada kertas jawapan.


         Tugasan Berpandu      1


        Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
        Senaraikan  dan  betulkan  kesalahan-kesalahan  itu.  Bagi  setiap  petikan  anda  tidak  boleh  menyenaraikan  lebih
        daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
        tersebut.

        Petikan 1


                Teknologi seperti penggunaan dron dan sistem pertanian pintar dapat mengubah lanskap
          sektor agro-makanan negara di dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Kementerian
          sentiasa memberikan galakan pada kumpulan sasar untuk mengusahakan aktiviti pertanian secara
          moden  dengan  aplikasi  teknologi  dan  inovasi.  Inisiatif  ini  dapat  dilihat  ketika  penyampaian
          Belanjawan 2020 apabila RM43 juta diperuntukan bagi pembangunan Industri Pertanian 4.0.

                          Dipetik dan diubah suai daripada Tingkat Usaha Transformasi Sektor Pertanian
                                                                                   bharian.com.my



          1.  lanskap – landskap

          2.  agro-makanan – agromakanan

          3.  di dalam – dalam


          4.  pada – kepada

          5.  penyampaian – pembentangan

          6.  diperuntukan – diperuntukkan










        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               52
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23