Page 24 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 5
P. 24
Bahasa Melayu Ting. 5 KBSM Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Setelah semua orang Siam pulang dan tiba di benua Siam, Awi Dicu datang menemui Paduka
Bubunnya, Paduka Bubunnya berasa sangat marah sehingga dia sendiri hendak pergi menyerang
Melaka.
Sementara itu, terdapat seorang anak Paduka Bubunnya yang bernama Cau Pandan.
Cau Pandan telah menyatakan kepada Duli Paduka Bubunnya bahawa dia hendak menyerang
Melaka dengan meminta kelengkapannya untuk mengalahkan Melaka itu.
E Peribahasa
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
2. Bagi menjawab soalan membina ayat, fahamilah peribahasa yang diberikan dan pastikan
bahawa anda mengetahui maksud peribahasa tersebut agar jawapan anda tidak menyeleweng.
3. Bagi soalan lengkapkan petikan dengan peribahasa, fahami maksud petikan yang
diberikan sebelum menentukan peribahasa yang menepati konteks ayat dalam petikan
tersebut.
4. Bagi soalan yang meminta anda mengemukakan peribahasa berdasarkan petikan, fahami
situasi dalam petikan atau ayat tersebut berdasarkan kata kunci atau tema petikan itu.
5. aca buku dan layari laman web untuk mengetahui lebih banyak peribahasa dan
maksud setiap peribahasa tersebut.
6. Soalan peribahasa berdasarkan pelbagai bentuk seperti menyatakan peribahasa dalam
petikan, perbualan, gambar, situasi, ilustrasi, dan sebagainya.
7. Baca dan fahami kehendak soalan sebelum menjawab.
8. Jumlah peribahasa bergantung pada arahan soalan.
9. Jumlah markah tidak tetap dan bergantung pada kehendak soalan.
Tugasan Berpandu 1
Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Hazrina : Saya dan Maizura bersahabat baik sejak kecil. Hubungan kami bagai isi dengan kuku.
Saya mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsia. Rupa-
rupanya dia bukan seperti yang disangkakan.
Hasmadi : Apa yang telah dilakukannya?
Hazrina : Dia telah menceritakan rahsia saya kepada orang lain sedangkan dia pernah berjanji akan
menyimpan rahsia tersebut. Saya mempercayainya, bak kata orang kerbau dipegang
pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
Hasmadi : Benarlah kata orang tua-tua, kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita.
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
61 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

