Page 41 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 41

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara
                                             (a)  Berdasarkan jadual, kapas, benang, dan kain ialah barang
                                                 perantaraan, manakala baju ialah barang akhir. Jumlah nilai
              Kaedah keluaran dapat              ditambah, iaitu RM60 adalah sama dengan nilai barang akhir, iaitu
              mengatasi masalah pengiraan
              dua kali kerana bukan nilai        baju yang berharga RM60.
              akhir setiap proses yang       (b)  Nilai ditambah digunakan untuk mengetahui peratus sumbangan
              dihitung tetapi nilai tambahan     pelbagai sektor ekonomi kepada keluaran negara dan untuk
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
              yang dihasilkan setiap proses
              pengeluaran yang dihitung.         mengelak berlakunya pengiraan dua kali dalam penghitungan
                                                 pendapatan negara.
                                           4  Di Malaysia, kaedah keluaran digunakan untuk menghitung KDNK pada
                                             harga pasaran berdasarkan harga tetap sahaja dengan menjumlahkan
           BAB                               nilai keluaran oleh semua sektor pengeluaran.

          2                                5  Jadual di bawah menunjukkan penghitungan KDNK pada harga pasaran
                                             mengikut kaedah keluaran di Malaysia pada tahun 2016.
                                                   Jadual 2.3  Keluaran Dalam Negeri Kasar mengikut jenis aktiviti ekonomi
                                                           pada harga malar 2010
                                                                                          Harga malar
                                                           Aktiviti ekonomi            (Tahun asas = 2010)
                                                                                           (RM juta)

                                              Pertanian 1                                   89 465
                                              Perlombongan dan kuari                        97 563
                                              Pembuatan                                     254 725
                                              Pembinaan                                     50 103
                                              Perkhidmatan                                  601 341
                                                 Utiliti (Elektrik, gas, dan air)           28 594
                                                 Perdagangan borong dan runcit              165 455
                                                 Makanan, minuman dan penginapan            31 462
                                                 Pengangkutan dan penyimpanan               39 476
                                                 Maklumat dan komunikasi                    65 485
                                                 Kewangan dan insurans                      75 295
                                                 Harta tanah dan perkhidmatan perniagaan    48 927
                                                 Perkhidmatan lain 2                        49 015
                                                 Perkhidmatan kerajaan                      97 630
                                              Tambah: Cukai import                          15 030

                                              KDNK pada harga pasaran                     1 108 227
                                             Nota:
                                             1  Termasuk ternakan dan hortikultur.
                                             2   Perkhidmatan kemasyarakatan, sosial, persendirian, perkhidmatan swasta tanpa
                                                keuntungan kepada isi rumah dan perkhidmatan rumah tangga bagi isi rumah.
                                                    (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2017/2018)
                                             (a)  Berdasarkan Jadual 2.3, sektor pengeluaran dalam ekonomi Malaysia
                                                 boleh dibahagikan kepada tiga sektor utama, iaitu sektor utama,
              Nyatakan sektor ekonomi yang       sektor kedua, dan sektor ketiga.
              dikategorikan sebagai
              (a)  sektor utama              (b)  Sektor utama terdiri daripada sektor pertanian (termasuk perikanan,
              (b)  sektor kedua                  penternakan, dan perhutanan) serta perlombongan dan kuari.
              (c)  sektor ketiga                 Sektor kedua pula melibatkan bidang pembinaan dan pembuatan/
                                                 perindustrian, manakala  sektor ketiga meliputi pelbagai sektor
                                                 perkhidmatan.






               38
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46