Page 43 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 43

Ekonomi Semester 2  STPM  Bab 2 Perakaunan Pendapatan Negara

                           ’09  STPM     Masalah Dalam Penghitungan Pendapatan Negara
                Hasil Pembelajaran       Terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam penghitungan pendapatan
                                         negara yang menyebabkan hasil pengiraan tidak tepat. Antara masalah
                Menjelaskan masalah
                penghitungan pendapatan   tersebut ialah:
                negara.
                Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                           1  Masalah pengiraan dua kali
                                             (a)  Masalah pengiraan dua kali ini timbul dalam penghitungan
                                                 pendapatan negara mengikut kaedah keluaran apabila nilai barang
                                                 perantaraan dan nilai barang akhir diambil kira sekali.
                                             (b)  Sebenarnya, adalah sukar untuk membezakan sesuatu barang itu
           BAB                                   adalah barang akhir atau barang perantaraan. Jika nilai kedua-dua
                                                 barang akhir dan barang perantaraan dicampurkan dalam akaun
          2                                      pendapatan, maka pendapatan negara akan terlebih nilai.
                                             (c)  Untuk mengelak masalah ini, pengiraan pendapatan negara
                                                 hendaklah dibuat dengan menjumlahkan semua nilai ditambah
                                                 bagi setiap peringkat pengeluaran atau mengambil kira nilai barang
                                                 akhir sahaja. Oleh itu, nilai barang perantaraan yang digunakan
                                                 dalam proses pengeluaran tidak boleh diambil kira.

              Masalah dalam penghitungan     2  Masalah pengumpulan maklumat
              pendapatan negara ialah:       (a)  Terdapat dua masalah dalam mengumpul maklumat, iaitu masalah
              (a)  Masalah pengiraan dua kali    kesukaran mendapat maklumat dan masalah ketidaktepatan
              (b)  Masalah pengumpulan
                 maklumat                        maklumat terutamanya di negara sedang membangun.
              (c)  Masalah aktiviti          (b)  Misalnya, para petani tidak mempunyai rekod yang sempurna bagi
                 pengeluaran yang haram          hasil keluaran mereka. Oleh itu, nilai keluaran negara yang diperoleh
                 dan tidak sah
              (d)  Masalah menghitung susut      hanyalah secara anggaran kasar.
                 nilai
              (e)  Masalah kegiatan yang tidak     3  Masalah aktiviti pengeluaran yang haram dan tidak sah
                 dibayar dalam bentuk wang   (a)  Terdapat banyak kegiatan yang produktif yang mendatangkan
              (f)  Masalah menentukan harga      pendapatan kepada individu tidak dihitung dalam pendapatan
                 barang
              (g)  Masalah kenaikan harga        negara. Misalnya, perjudian dan penyeludupan.
                 dan perubahan kualiti       (b)  Oleh kerana semua kegiatan tersebut melanggar undang-undang
                 barang                          negara, maka maklumat lengkap tentang pendapatan mereka sukar
                                                 diperoleh.
                                             (c)  Hal ini menyebabkan nilai keluaran negara terkurang nilainya.
                                           4  Masalah menghitung susut nilai
                                             (a)  Susut nilai perlu dihitung untuk menentukan Keluaran Negara
                                                 Bersih dengan menolaknya daripada Keluaran Negara Kasar (KNK).

                                                          Keluaran Negara Bersih = KNK – Susut nilai

                                             (b)  Susut nilai ialah pengurangan nilai barang modal tahan lama
                                                 atau aset  tetap seperti mesin dan jentera pengeluaran.  Barang
                                                 ini beransur menjadi haus atau mengalami kerosakan apabila
                                                 digunakan untuk suatu tempoh masa lama.
                                             (c)  Susut nilai ini sukar dianggarkan kerana sukar untuk memastikan
                                                 dengan  tepat jumlah perbelanjaan yang  dikehendaki  untuk
                                                 menggantikan barang yang haus.




               40
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48