Page 10 - Pra U STPM 2022 Penggal 2 - Ekonomi
P. 10
Ekonomi Semester 2 STPM Bab 1 Pengenalan
2 Pengangguran dalam ekonomi menunjukkan berlakunya lebihan
penawaran buruh dalam ekonomi. BAB
Penganggur sukarela merujuk
3 Terdapat beberapa konsep penting berkaitan dengan pengangguran, kepada golongan tenaga 1
iaitu tenaga buruh, guna tenaga, dan penganggur. buruh yang tidak aktif mencari
pekerjaan seperti anak orang
4 Tenaga buruh ialah mereka yang dalam lingkungan umur 15 hingga kaya yang tidak mahu bekerja
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
64 tahun kecuali suri rumah, pelajar, pesara, orang hilang upaya untuk atau seorang suri rumah tangga
yang tidak mahu bekerja
bekerja, dan penganggur sukarela. kerana hendak menguruskan
keluarganya.
5 Guna tenaga ialah ialah tenaga buruh yang menjalankan kegiatan
ekonomi atau tenaga buruh yang bekerja. Guna tenaga boleh menjadi
petunjuk kepada perkembangan ekonomi negara. Semakin banyak guna
tenaga digunakan, semakin tinggi tingkat perkembangan ekonomi. Bezakan antara tenaga buruh
dengan guna tenaga.
6 Penganggur ialah tenaga buruh yang sepatutnya berkerja tetapi
tidak bekerja. Oleh itu, jumlah pengangguran dapat dihitung dengan
menggunakan rumus berikut:
Jumlah pengangguran
Jumlah pengangguran = Jumlah tenaga buruh – Jumlah guna tenaga = Jumlah tenaga buruh –
Jumlah guna tenaga
Berdasarkan rumus, jumlah pengangguran merupakan perbezaan antara
jumlah tenaga buruh dengan jumlah guna tenaga. Oleh itu, semakin
bertambah jumlah guna tenaga, semakin rendah jumlah pengangguran.
7 Kadar pengangguran dapat dihitung dengan menggunakan rumus
berikut:
Jumlah pengangguran
Kadar pengangguran = × 100
Jumlah tenaga buruh
Pengiraan kadar pengangguran adalah penting dalam analisis
makroekonomi kerana penurunan kadar pengangguran bermakna
suatu peningkatan kadar guna tenaga dan seterusnya peningkatan dalam
keluaran negara.
8 Kadar pengangguran sebanyak 4% atau kurang adalah dianggap sebagai STPM ’11
kadar pengangguran semula jadi atau disebut guna tenaga penuh.
Sebab Pengangguran Perlu Ditangani
1 Pembaziran sumber
Apabila berlaku pengangguran, ini bermakna terdapat sumber ekonomi
yang tidak digunakan sepenuhnya dalam proses pengeluaran. Oleh
itu, keluaran negara yang dihasilkan adalah lebih kecil dari apa yang
sepatutnya.
2 Menjejaskan pertumbuhan ekonomi
Pengangguran yang berlaku menyebabkan keupayaan negara untuk
mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang sepatutnya tidak tercapai.
Oleh itu, pertumbuhan ekonomi terjejas.
7

