Page 15 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 15

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

           Secara Berkelompok
             1  Pengeluaran ini adalah dalam bentuk kelompok tertentu, iaitu
               satu kelompok produk akan dihasilkan terlebih dahulu dan diikuti
               dengan kelompok produk yang lain. Contohnya, dalam pengeluaran
               makanan seperti roti dan kek serta percetakan buku.
             2  Kuantiti output yang dihasilkan adalah sederhana dan mengikut
               kehendak pelanggan.
             3  Kuantiti output adalah banyak, menghasilkan produk seragam
               secara berjadual, berulangan, dan berterusan.
                                                                                                         BAB
           2.2.3  Susun Atur Proses Pengeluaran                                                         2

             1  Susun atur kilang merujuk kepada cara penyusunan mesin, jabatan   Hasil Pembelajaran
               dan stesen kerja untuk memastikan pengaliran kerja atau bahan    Menjelaskan objektif susun
               yang efisien dan licin serta penggunaan ruang dengan baik.       atur dan jenis-jenis susun
                                                                                atur secara tetap, proses,
             2  Objektif susun atur kilang adalah:                              produk, dan selular.
               (a)  Mengurangkan kos pengendalian bahan dan kos sewaan ruang.
               (b)  Menggunakan ruang kilang secara berkesan.
               (c)  Menggunakan tenaga buruh secara berkesan.
               (d)  Menghapuskan kesesakan (bottleneck) dalam proses
                   pengeluaran.
               (e)  Membolehkan fleksibiliti terhadap keadaan yang sentiasa   Jenis susun atur kilang:
                   berubah.                                                   •  Susun atur tetap
                                                                              •  Susun atur produk
             3  Terdapat empat jenis susun atur kilang, iaitu susun atur tetap, susun   •  Susun atur proses
               atur produk, susun atur proses, dan susun atur selular.        •  Susun atur selular
               (a)  Susun atur tetap
                   (i)  Dalam susun atur ini, kedudukan produk ditetapkan.
                       Input seperti buruh, bahan mentah, mesin, dan peralatan
                       akan dibawa ke lokasi produk.
                   (ii)  Proses pengeluaran kekal di satu lokasi sehingga
                       produk tersebut siap. Susun atur ini adalah sesuai untuk
                       pengeluaran produk yang bersaiz besar, berat, dan mudah
                       pecah. Misalnya, pembinaan jambatan, lapangan terbang,
                       dan rumah.
               (b)  Susun atur produk
                   (i)  Dalam susun atur ini, semua input pengeluaran seperti     Petua Pemeriksa
                       tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan disusun   Calon harus membezakan
                       khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.      setiap jenis susun atur kilang.
                   (ii)  Susun atur ini melibatkan penyusunan stesen-stesen
                       kerja dalam satu barisan seperti barisan pemasangan di
                       kilang pengeluaran. Mesin dan peralatan disusun dalam
                       satu barisan untuk memasang produk dan pekerja akan
                       mengkhusus dalam sesuatu tugasan tersebut.



                                                                                                  33





   02 PraU Pnigan P1.indd   33                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20