Page 16 - Pra U STPM 2022 Penggal 1 - Pengajian Perniagaan
P. 16

Pengajian Perniagaan Semester 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                                             (iii)  Contohnya, dalam pengeluaran kereta, terdapat beberapa
                                                 stesen pemasangan komponen seperti enjin, tempat
                                                 duduk badan kereta, dan sebagainya. Setiap pengeluaran
                                                 bermula dengan satu aktiviti, misalnya pemasangan badan
                                                 kereta dan diikuti dengan proses lain sehinggalah kereta
                                                 siap dipasang.
                                             (iv)  Susun  atur  ini  adalah  sesuai  untuk  pengeluaran  secara
                                                 besar-besaran/massa dan penghasilan produk yang
                                                 seragam, misalnya di kilang pemasangan kereta, barangan
                                                 elektronik, kasut, komputer, dan sebagainya.

     BAB                                 (c)  Susun atur proses
    2   Apakah perbezaan antara              (i)  Dalam susun atur ini, mesin dan peralatan tenaga kerja
        susun atur proses dengan                 dan bahan mentah disusun mengikut fungsi kerja.
        susun atur selular?                  (ii)  Susun atur ini adalah sesuai bagi pengeluaran produk
                                                 yang tidak seragam dalam kumpulan kecil. Pekerja dan
                                                 peralatan digunakan untuk aktiviti kerja yang sama untuk
                                                 menjimatkan kos. Susun atur ini boleh didapati di sekolah,
                                                 hospital, pasar raya, bank, dan bengkel kereta.
                                         (d)  Susun atur selular
                                             (i)  Susun atur selular merupakan kombinasi susun atur
                                                 produk dan proses. Jenis ini mengumpulkan semua proses
                                                 yang diperlukan bagi satu set produk.
                                             (ii)  Firma mengumpulkan mesin ke dalam unit kecil, setiap
                                                 satu mengandungi semua peralatan dan operasi yang
                                                 diperlukan untuk membantu menghasilkan produk
                                                 tertentu. Misalnya pekilang pakaian menetapkan 1 selular
                                                 untuk membuat poket bagi baju, seluar, kot. Walaupun
                                                 setiap saiz dan stail poket berbeza, semuanya melalui
                                                 langkah yang sama. Dalam selular ini, beberapa peralatan
                                                 disusun rapat untuk memotong dan menjahit poket.
                                             (iii)  Susun atur jenis ini dapat menjimatkan masa dan dapat
                                                 mengawal dengan baik kerana seluruh proses dijalankan
                                                 dalam satu unit kecil.
                                             (iv)  Susun atur ini menjimatkan ruang kerja serta
                                                 meningkatkan produktiviti dan kecekapan.



          Hasil Pembelajaran        2.2.4  Lokasi Kilang

         Menjelaskan objektif         1  Perancangan lokasi kilang merujuk kepada keputusan pemilihan
         pemilihan lokasi kilang         tapak lokasi yang sesuai dan tepat bagi menjalankan aktiviti
         dan faktor-faktor yang
         mempengaruhi pemilihan          pengeluaran.
         lokasi.                      2  Pemilihan lokasi kilang yang sesuai  adalah penting agar dapat
                                         meminimumkan kos pengeluaran dan memudahkan pengurusan
                                         logistik.
                                      3  Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pengurus
                                         sebelum memilih sesuatu lokasi kilang itu. Antaranya ialah:



         34





   02 PraU Pnigan P1.indd   34                                                                   06/07/2022   4:13 PM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21