Page 26 - Focus Penulisan KSSR 2019
P. 26
Penulisan UPSR Bahagian B Ulasan
14
Model Lestari UPSR Pola Petempatan Pekan Kecil
UPSR
Peta di bawah ini menunjukkan pola petempatan di sebuah pekan kecil di negara kita.
Tulis ulasan tentang kedudukan pola petempatan tersebut dalam bentuk perenggan.
M odel J awapan
Model Jawapan
Peta merupakan gambaran muka bumi yang digunakan oleh manusia sebagai panduan dalam
menentukan arah. Misalnya, rumah Marina terletak di bahagian utara simpang tiga Jalan Makmur
dan di sebelah kiri Jalan Aman, manakala berhadapan dengan rumah Marina, iaitu di sebelah
kanan Jalan Aman ialah kawasan perumahan awam.
Selain itu, terdapat sebuah balai polis di pekan kecil tersebut, iaitu di sebelah kiri Jalan Permai.
Seterusnya, sebuah klinik terletak di sebelah kiri Jalan Murni dan di sebelah kanan simpang tiga
Jalan Aman. Bangunan klinik dibina bagi memudahkan para penduduk mendapatkan rawatan
kesihatan. Akhir sekali, Kedai Dobi Alia pula terletak di sebelah kanan Jalan Sentosa di pekan
kecil itu.
Kesimpulannya, pola petempatan bagi sesebuah pekan kecil yang disediakan dapat
membantu orang ramai mencari lokasi yang hendak dituju, di samping memudahkan urusan
dan menjimatkan masa.
lokasi – kedudukan pekan – tempat perniagaan; bandar
66
BAHAGIAN B.indd 66 11/10/16 4:30 PM

