Page 56 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 56
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
ini dan membentuk Bama Htwet Yat Gaing Gyi yang dikenali sebagai
Burma Revolutionary Party. Parti ini melaungkan slogan, Britain’s woes
is Burma’s opportunity.
(b) Di bawah naungan Burma Revolutionary Party ialah Dobama Sinyetha
Asiayone (We Burmans Party) yang terdiri daripada Parti Aung San,
iaitu Party Dobama Asiayone dan Parti Dr. Ba Maw, iaitu Poor Man’s
Party. Kebanyakan ahlinya terdiri daripada golongan pelajar, petani, dan
buruh. Dr. Ba Maw dilantik sebagai Pengerusi dan Aung San sebagai
Setiausaha.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(c) Semasa Perang Dunia Kedua, Poor Man’s Party digunakan sebagai satu
pasukan menentang British.
(d) Poor Man’s Party juga memainkan peranan penting dalam menentang
kerajaan U Saw yang sering menangkap dan menghukum pemimpin
politik.
Hasil Pembelajaran
3.2 Perjuangan Mencapai Menghuraikan dasar
Kemerdekaan dan kesan pendudukan
Jepun ke atas perjuangan
mencapai kemerdekaan di
3.2.1 Pendudukan Jepun 1941 – 1945 Myanmar dan Indonesia.
1 Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras
dengan dasar imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand
ditawan oleh Jepun antara tahun 1941 – 1945.
2 Belanda di Indonesia menyerah kalah kepada Jepun manakala di Myanmar,
British menyerah kalah.
3 Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.
Pendudukan Jepun memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan
Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.
Dasar Jepun di Myanmar STPM 2011 ’11
1 Pendudukan Jepun di Myanmar membantu menyemarakkan semangat
nasionalisme dan kesedaran kebangsaan dalam kalangan penduduk tempatan.
2 Pada mulanya, golongan Thakin di bawah pimpinan Aung San menyambut
baik kedatangan Jepun tetapi mereka kemudiannya mencurigai tujuan
sebenar Jepun dan mengesyaki muslihat Jepun.
3 Semangat rakyat dan para nasionalis begitu membara sehingga terbentuk
gerakan bawah tanah menentang Jepun.
A Dasar Politik BAB
1 Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan 3
untuk menyatukan para nasionalis dengan harapan dapat membentuk
pentadbiran Myanmar yang merdeka.
2 Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh
Dr. Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis
tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir negara sendiri.
357
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 357 28/10/2021 4:04 PM

