Page 59 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 59

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)

                                          B   Kesan Ekonomi
                                           1  Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semula jadi musnah dan
                                              Myanmar mengalami kekurangan bahan keperluan.
                                           2  Nilai mata wang Myanmar jatuh secara mendadak. Ini membawa kepada
                                              kadar inflasi yang tinggi kerana kekurangan bahan keperluan. Para nasionalis
                                              menentang kerana Jepun gagal menstabilkan nilai mata wang. Jepun mencetak
                                              “duit pokok pisang” dengan tidak ada hadnya. Wang dicetak tanpa sokongan
                                              emas atau cagaran lain. Kekurangan bahan makanan dan barang keperluan
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                              serta wang kertas yang berlebihan di pasaran mengakibatkan masalah inflasi
                                              dan pengangguran.
                                           3  Jepun gagal  mengeksport beras Myanmar dan mengimport barangan
                                              pengguna. Rakyat hidup sengsara dan terhimpit dalam situasi yang serba
                                              kekurangan kerana Jepun gagal memenuhi keperluan hidup mereka.
                                           4  Perdagangan antarabangsa terputus. Keadaan tersebut menyebabkan rakyat
                                              Myanmar menganggap Jepun sebagai punca kesengsaraan mereka.
                                           5  Sistem ekonomi sara diri yang diperkenalkan oleh Jepun membebankan
                                              rakyat tempatan sehingga berlaku kebuluran di beberapa kawasan di
                                              Myanmar.
                                           6  Perubahan sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi sara diri, kadar
                                              inflasi yang tinggi, dan pengeksploitasian ekonomi oleh syarikat-syarikat
                                              Jepun  mengakibatkan masyarakat  tempatan  sanggup menyertai  para
                                              nasionalis dalam gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun.

                                          C   Kesan Sosial
                                           1  Rakyat hidup dalam kebuluran dan penderitaan kerana wabak penyakit yang
                                              tidak terkawal.
                                           2  Jepun menggalakkan penggunaan bahasa kaum majoriti. Akan tetapi, dasar
                                              ini gagal dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik antara kaum majoriti
                                              Myanmar dengan kaum minoriti tempatan seperti Karen, Kachin, dan Chin.
                                           3  Konflik ini akhirnya menyedarkan penduduk tempatan tentang kekejaman
                                              dan penindasan Jepun. Mereka sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu
                                              menentang sebarang bentuk penjajahan.

                                         Dasar Jepun di Indonesia
                                           1  Jepun berjaya menguasai Indonesia pada 9 Mac 1942 apabila ketua tentera
                                              Berikat, Leftenan Jeneral Ter Poorten menyerah kalah kepada panglima
                                              tentera Jepun, Hitoshi Immamura.
                                           2  Pada mulanya, para nasionalis menyambut kedatangan Jepun yang dianggap
           BAB                                sebagai “pembebas dan pembela tanah air” kerana terpengaruh dengan slogan
          3                                   Jepun “Asia untuk orang Asia” dan keinginan untuk membebaskan tanah air
                                              daripada penjajahan Belanda.
                                           3  Namun begitu, para nasionalis mula mencurigai keikhlasan Jepun
                 Foto 3.3  Leftenan Jeneral    melaungkan slogan mereka apabila seminggu selepas itu, Jepun melarang
                      Ter Poorten             rakyat Indonesia mengibarkan bendera Indonesia. Melalui pentadbiran
                                              tentera, Jepun mula bertindak melaksanakan beberapa dasarnya di Indonesia.
                                              Dasar-dasar Jepun ini memberi kesan terhadap perjuangan kemerdekaan
                                              Indonesia.



              360





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   360                                                           28/10/2021   4:04 PM
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64