Page 60 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 60
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
B Dasar Politik
1 Penglibatan orang Indonesia dalam pentadbiran
(a) Jepun memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat
dalam sistem politik tempatan. Ini disebabkan Jepun menghadapi
kekurangan tenaga pentadbir perkhidmatan awam. Pada Ogos 1942
setelah Belanda ditawan, Jepun telah melantik penduduk Indonesia
untuk mengisi jawatan dalam pentadbiran yang dahulunya dipegang
oleh Belanda. Jepun memberi jawatan penting kepada penduduk
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
tempatan.
(b) Contohnya, Soekarno dilantik sebagai pemimpin PUTERA dan dibantu
oleh Hatta, Ki Hadjar Dewantara, dan K.H. Mas Mansur.
(c) Bilangan orang Indonesia yang menjadi penasihat (Sanyo) dalam
pemerintahan Jepun semakin meningkat. Jepun telah membentuk
Dewan Penasihat Pusat (Chuo Sang-in) di Jakarta dan diletakkan di
bawah pimpinan Soekarno. Selain itu, dewan-dewan daerah yang Foto 3.4 Hitoshi Immamura
dikenali sebagai Sang-kai dibentuk.
2 Penubuhan Barisan Pemuda Asia Raya (BPAR)
(a) Jepun bertindak menanam sentimen anti-Barat melalui propaganda,
“Jepang-Indonesia sama-sama” atau “Jepang saudara tua”.
(b) Barisan Pemuda Asia Raya (BPAR) ditubuhkan pada 11 Jun 1942
dengan Slamet Sudibyo dan S.A. Saleh sebagai pemimpinnya. Pemuda
diberi latihan meningkatkan semangat dan keyakinan diri.
3 Penubuhan MIAI dan Masjumi
(a) Jepun melihat Islam sebagai satu jalan berkesan untuk mendapat
sokongan rakyat Indonesia memandangkan 90% daripada mereka
beragama Islam. Penubuhan MIAI dan Masjumi
(b) Pada bulan Mac 1942, Jepun menubuhkan sebuah Pejabat Urusan menunjukkan bahawa Jepun
memberi kebebasan kepada
Agama yang dikenali sebagai Shumubu di Jawa. pemimpin Islam untuk
(c) Jepun juga membenarkan penubuhan organisasi Islam, iaitu Majlis menyertai pentadbirannya dan
Islam A’la Indonesia (MIAI) di Surabaya pada tahun 1937 oleh K.H. menyedarkan orang Indonesia
Mas Mansur dan kawan-kawannya. Kebenaran ini diberikan dengan untuk mempertahankan
Islam daripada dicerobohi
andaian golongan nasionalis Islam bersikap anti-Barat dan berpegang orang Barat. Namun, pada
pada agama sahaja. hakikatnya, Jepun ingin
(d) Pada Oktober 1943, Jepun telah membentuk sebuah organisasi baharu mendapat sokongan penduduk
untuk mengendalikan Islam, iaitu Masjumi (Majlis Syuro Muslimin demi memperkukuh kedudukan
mereka.
Indonesia) yang dipimpin oleh tokoh Muhammadiyah dan Nahdatul
Ulama (NU).
4 Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) 1943
(a) Pada 1 Mac 1943, PUTERA ditubuhkan di Indonesia di bawah Dasar liberal Jepun bertujuan
naungan Jepun. Soekarno dilantik sebagai Pengerusi, Hatta sebagai meraih sokongan menentang
Naib Pengerusi dan dibantu oleh Ki Hadjar Dewantara dan K.H. Mas kuasa Barat dan menjadi BAB
Mansur. PUTERA juga dianggotai oleh sekumpulan para nasionalis di imperialis baharu di Asia 3
Tenggara.
Jawa dan Madura.
(b) Jepun menaruh harapan pada PUTERA untuk menarik sokongan
rakyat Indonesia terhadap perjuangan mereka menentang imperialis
Barat. PUTERA juga melatih batalion buruh sebagai pasukan bantuan
untuk tentera Jepun dan mengeksploitasi bahan mentah Indonesia.
(c) Jepun mengamalkan dasar liberal dengan memberikan kebebasan
berucap dan bergerak kepada para nasionalis.
361
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 361 28/10/2021 4:04 PM

