Page 58 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 58

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                       (b)  Kuasa pemerintahan sebenar dalam tangan pemimpin Jepun, iaitu
                           Dr. Gotawa Ogawa, bekas ahli Jemaah Menteri di Tokyo yang menjadi
                           Penasihat Tertingg kerajaan Myanmar ketika itu.
                       (c)  Jepun hanya menyerahkan jawatan seperti Timbalan Pesuruhjaya di
                           peringkat daerah kepada orang  tempatan.  Bidang  kuasa Timbalan
                           Pesuruhjaya di peringkat daerah hanya meliputi hal-hal umum dan
                           tidak penting.
                       (d)  Selaras dengan pemerintahan bercorak ketenteraan, Jepun menggalakkan
                           penduduk tempatan melibatkan diri dalam kegiatan dan latihan
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                           ketenteraan. Latihan seperti ini memberi kesan mendalam terhadap
                           masyarakat tempatan Myanmar. Pembentukan Tentera Kebangsaan
                           Myanmar di bawah Aung San dan Ne Win telah menyemarakkan
                           lagi semangat dan keazaman mereka untuk berjuang menuntut
                           kemerdekaan Burma.
                       (e)  Pengisytiharan kemerdekaan Myanmar oleh Jepun telah menguatkan lagi
                           keazaman para nasionalis tempatan untuk mendapatkan kemerdekaan
                           Myanmar daripada British selepas Perang Dunia Kedua. Peluang
                           pentadbiran dalam kerajaan baharu memberi latihan pentadbiran dan
                           keyakinan kepada para nasionalis untuk mentadbir negara sendiri tanpa
                           bantuan pihak Jepun mahupun British.
                       (f)  Walaupun kerajaan yang dibentuk di bawah Dr. Ba Maw merupakan
                           kerajaan boneka sahaja, namun pengalaman yang mereka peroleh dapat
                           mengukuhkan keyakinan mereka dalam menentukan nasib negara
                           selepas Jepun menyerah kalah dan selepas kedatangan semula British.
                    3  Hubungan sulit dengan British
                       (a)  Kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun tidak bermakna kerana tentera
                           Jepun masih berkuasa.
                       (b)  Golongan Thakin di bawah pimpinan Aung San telah menentang Jepun.
                           Apabila Jepun menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar, Aung San
                           telah menggunakannya sebagai saluran menentang Jepun.
                       (c)  Aung San bergerak  secara sulit menjalinkan hubungan dengan
                           orang Karen di bawah pimpinan Hanson Kya Doe. Mereka membuat
                           hubungan dengan pegawai tentera British, iaitu Major H.P. Seagrim.
                    4  Gerakan bawah tanah                                         LPRAF  dikenali sebagai
                       (a)  Kekejaman  dan  penderitaan  semasa  pendudukan  Jepun  melahirkan   Pertubuhan Anti-Fasis (PAF)
                           semangat anti-Jepun. Nasionalis tempatan telah bersatu di bawah Liga   sebelum 19 Ogos 1945 di
                           Pembebasan Rakyat Anti-Fasis yang dipimpin oleh Aung San. LPRAF   bawah pimpinan Aung San dan
                                                                                   Than Thon.  PAF bekerjasama
                           akhirnya menjadi sebuah pertubuhan berpengaruh dalam menuntut   dengan British. British di India
                           kemerdekaan negara.                                     menghantar Force 136 untuk
                       (b)  Aung San dan pemimpin Thakin yang lain menentang Jepun secara   membantu pergerakan PAF.
                                                                                   Selain itu, PAF juga mendapat
                           berpura-pura bekerjasama dengannya. Selaku Menteri Pertahanan   sokongan daripada pertubuhan   BAB
                           dalam kabinet Jepun, Aung San mendapat bantuan Than Thon untuk   seperti Tentera Kemerdekaan
                           membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar yang anti-Jepun.  Myanmar, Pertubuhan Petani   3
                       (c)  LPRAF menentang Jepun dengan menjalankan sabotaj dan gerakan   Seluruh Myanmar, Liga
                                                                                   Penanam Seluruh Myanmar,
                           bawah tanah. Penentangan terhadap Jepun bertujuan untuk   dan Liga Pemuda Asia Timur.
                           menubuhkan negara Myanmar yang berdaulat. Golongan penentang
                           memusnahkan beberapa kawasan strategik secara gerakan gerila.
                       (d)  Mulai bulan Mac 1945, LPRAF bekerjasama dengan British dan
                           menentang Jepun secara terbuka.




                                                                                                        359





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   359                                                           28/10/2021   4:04 PM
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63