Page 53 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 53

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                                              (c)  Mengekalkan tradisi agama Buddha.
                                              (d)  Menegaskan agama Buddha sebagai penyelamat masyarakat.
                                              (e)  Mengekalkan semangat masyarakat peribumi Myanmar dengan cogan
                                                  kata, “Buddha Save The King”.

                                          C   Perjuangan YMBA kepada agama dan sosial
                                           1  Pada peringkat awal, YMBA memperjuangkan isu sosial dan budaya, iaitu
                                              menimbulkan minat dan kesedaran orang Myanmar terhadap kesenian,
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                              kesusasteraan, kebudayaan, dan agama Buddha di Myanmar. YMBA
                                              menerbitkan akhbar  Thuriya  untuk menyedarkan masyarakat Myanmar
                                              tentang kepentingan agama Buddha dalam kehidupan mereka.
                                           2  Bukti YMBA memberi tumpuan kepada isu agama Buddha, kebudayaan,
                                              dan pendidikan orang Myanmar:
                                              (a)  Memperjuangkan pendidikan percuma bagi anak-anak rakyat Myanmar.
                                              (b)  Menuntut hak pelajaran yang sama diberikan kepada semua rakyat,
                                                  iaitu tiada diskriminasi dalam peluang mendapat pendidikan.
                                              (c)  Menuntut ajaran dan nilai agama Buddha diserapkan dalam pendidikan.
                                              (d)  Menubuhkan sekolah-sekolah yang menekankan agama Buddha.
                                              (e)  Menggalakkan pelajar Myanmar dihantar ke luar negara.


                                          D   Perjuangan radikal YMBA mulai tahun 1916
                                           1  Sejak tahun 1916, corak perjuangan YMBA lebih radikal disebabkan faktor-
                                              faktor berikut:
                                              (a)  Kemelesetan ekonomi selepas Perang Dunia Pertama.
                                              (b)  Pengaruh perjuangan Mahatma Gandhi yang menekankan penentangan
                                                  pasif terhadap pemerintahan British di India.
                                              (c)  Kejayaan Revolusi Bolshevik di Rusia menggulingkan pemerintahan
                                                  raja berkuasa mutlak.
                                              (d)  Kata-kata Presiden Woodrow Wilson tentang hak-hak semua negara
                                                  di dunia ini menentukan nasib negara sendiri.
                                              (e)  Kehadiran pemimpin yang berfahaman radikal seperti U Thein Maung,
                                                  U Chit Hiang, dan U Ba Pe.
                                           2  Isu kasut
                                              (a)  Pemimpin berfahaman radikal ini telah membangkitkan semangat
                                                  nasionalisme melalui isu kasut. Mereka melancarkan protes terhadap
                                                  sekumpulan orang Eropah yang memakai kasut memasuki Pagoda
                                                  Endawya di Rangoon. Protes ini berkaitan dengan isu agama dan inilah
                                                  yang memudahkan YMBA mendapat sokongan golongan pongyi.
                                              (b)  YMBA mengambil berat tentang isu kasut dan perbuatan British
                                                  dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kesucian rumah ibadat
               YMBA dan golongan pongyi
           BAB  bertindak secara keras            masyarakat peribumi Myanmar. Isu kasut menjadi agenda utama dalam
               terhadap isu kasut kerana          persidangan YMBA pada tahun 1917.
          3    penjajah British terbukti      (c)  Pada mulanya, British tidak melayan tuntutan YMBA kerana
               tidak menghormati adat dan         memandang ringan isu tersebut.  Reaksi  British membimbangkan
               kesucian pagoda. Terdapat          YMBA yang menyedari bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih
               papan kenyataan yang dibuat        berkesan jika berjaya mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan.
               oleh British yang tertera kata-
               kata, “Foot-wearing prohibited,    Oleh demikian, YMBA berusaha mendapat sokongan penduduk di
               except to the British and          bandar dan luar bandar. Pada tahun 1920, kira-kira 6 000 persatuan di
               Europeans.”                        peringkat kampung memberi sokongan kepada YMBA. British bimbang
                                                  dengan sokongan kuat ini lalu mengeluarkan undang-undang melarang
                                                  pemakaian kasut di pagoda.


              354





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   354                                                           28/10/2021   4:04 PM
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58