Page 51 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 51

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 3  Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
                                           6  Sarekat Islam berkembang dengan cepat dalam kalangan semua lapisan
                                              masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan khasnya di Pulau Jawa
               •  Sarekat Islam berjaya       mempercayai telah munculnya seorang “Ratu Adil” yang dapat menyelamatkan
                 menyatukan rakyat            mereka daripada penindasan dan cengkaman orang kafir.
                 Indonesia melalui agama
                 Islam. Rakyat menganggap     7  Sarekat Islam mula merosot pada tahun 1920-an disebabkan perselisihan
                 Sarekat Islam sebagai        antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti
                 harapan dan suara mereka
                 dalam mengemukakan           sendiri. Perpecahan ini melemahkan kepimpinan Sarekat Islam. Selain itu,
                 tuntutan mereka  kepada      pengaruh komunisme dalam Sarekat Islam membawa kepada penubuhan
                 kerajaan Belanda.            Sarekat Islam Merah di Semarang dan di desa lain.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
               •  Pada tahun 1923, nama
                 Sarekat Islam ditukar     8  Kerajaan Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam yang berjuang
                 kepada Partai Sarekat Islam   menuntut kemerdekaan mutlak dan menentang kapitalisme. Sarekat Islam
                 yang memperjuangkan          dituduh terlibat dalam beberapa pemberontakan yang berlaku. Omar Said
                 kemerdekaan Indonesia
                 dengan perlembagaan          Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan.
                 berasaskan undang-undang
                 Islam.                  Partai Nasional Indonesia
               •  Fahaman komunisme
                 menyusup ke dalam Sarekat
                 Islam dan melemahkan     A   Latar Belakang
                 perjuangannya. Haji Agus
                 Salim telah memutuskan     1  Pada tahun 1922, sekumpulan pelajar Indonesia di Holland telah menubuhkan
                 bahawa ahli Partai Sarekat   Perhimpunan Indonesia. Setahun kemudian, Perhimpunan Indonesia telah
                 Islam tidak dibenarkan       menegaskan rancangan mereka untuk berjuang ke arah kemerdekaan negara.
                 menyertai pertubuhan
                 berfahaman komunis.          Untuk mencapai hasrat tersebut, Perhimpunan Indonesia menggabungkan
                 Kesannya, ramai ahli keluar   usaha semua golongan masyarakat Indonesia dan menjalankan dasar tidak
                 dan menyertai Parti Komunis   bekerjasama dengan kerajaan Belanda. Perhimpunan Indonesia bersifat
                 Indonesia.                   agresif dan radikal sejak penubuhannya di Holland.
                                           2  Perhimpunan Indonesia berjaya mendapat sokongan ramai kerana
                                              memperjuangkan kemerdekaan. Antara tahun 1923 dan 1927, ahli-ahli
                                              Perhimpunan  Indonesia  yang  pulang  ke  Indonesia  telah  menubuhkan
                                              kelab-kelab pelajar di beberapa buah bandar. Kelab tersebut menjadi pusat
                                              perbincangan dan saluran idea perjuangan Perhimpunan Indonesia.
                                           3  Dalam kalangan kelab yang ditubuhkan, Kelab Pelajar Bandung yang paling
                                              aktif. Dari kelab tersebut, Soekarno mengambil inisiatif menubuhkan
                                              Perserikatan Nasional Indonesia pada 4 Jun 1927.
                                           4  Perserikatan Nasional Indonesia kemudian menukar namanya kepada Partai
                                              Nasional Indonesia (PNI). Soekarno ialah pemimpin utama, dibantu oleh
                                              pemimpin lain seperti Iskaq Tjokrohadisoerjo, Dr. Tjipto Mangunkusumo,
                                              Ir. Anwari, Ali Sastroamidjojo, dan Sunarjo.

                                          B   Sebab dan Matlamat Penubuhan

           BAB                             1  Mulai tahun 1927, peranan PNI dalam pergerakan nasional Indonesia amat
                                              besar. Antara sebab dan matlamat penubuhan PNI:
          3                                   (a)  Menuntut kemerdekaan mutlak.
                                              (b)  Menyatukan rakyat Indonesia melalui gabungan parti-parti politik
                                                  kebangsaan Indonesia.
                                              (c)  Membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab
                                                  kepada semua rakyat.
                                              (d)  Memartabatkan penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa
                    Foto 3.2  Logo PNI            rasmi.





              352





         03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd   352                                                           28/10/2021   4:04 PM
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56