Page 74 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 74
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
kerajaan British sekiranya British memberi kemerdekaan kepada Myanmar.
British tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana mencurigai hubungan
Blok Kebebasan dengan Jepun.
B Pakatan Thakin-Jepun Sebelum Perang Dunia Kedua
1 Golongan Thakin pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan Jepun sejak
awal tahun 1930-an. Mereka menyokong Jepun dan meminta supaya Jepun
memberikan kemerdekaan kepada Myanmar.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2 Apabila Aung San melarikan diri ke Jepun, beliau telah menubuhkan
pertubuhan tentera bernama Minami Kikan. Pertubuhan ini dilatih oleh
tentera Jepun. Pada tahun 1941, Aung San menubuhkan cawangannya di
Bangkok. Tentera Kemerdekaan Myanmar dibentuk pada bulan Disember
1941 dan ahlinya diseludupkan ke Myanmar untuk membantu tentera Jepun
menawan Myanmar.
3 Jepun memasuki Myanmar melalui Tenasserim dan pada bulan Mei 1942,
angkatan perang Jepun berjaya menawan seluruh Myanmar.
C Perjuangan Kemerdekaan Myanmar pada Zaman Jepun
1 Kemerdekaan Myanmar 1943
(a) Kejayaan Jepun menawan Myanmar telah menamatkan pemerintahan
British. Golongan Thakin berusaha untuk mencapai kemerdekaan
negara.
(b) Bagi membalas jasa Thakin, Jepun telah memberikan kemerdekaan
kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943. Jepun membentuk sebuah kerajaan
boneka dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kabinet kerajaan
boneka terdiri daripada Thakin Mya sebagai Timbalan Perdana Menteri,
Thakin U Nu sebagai Menteri Hal Ehwal Luar, Aung San sebagai
Menteri Pertahanan, dan Than Thon sebagai Menteri Pembekalan dan
Pengangkutan.
(c) Myanmar diisytiharkan “merdeka” di bawah kerajaan boneka dan
mempunyai kabinet sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada para
nasionalis Thakin.
2 Penentangan terhadap Myanmar melalui Liga Pembebasan Rakyat Anti-
Fasis
(a) Golongan Thakin menyedari muslihat Jepun dalam memberikan Di Myanmar, golongan Thakin
mereka kemerdekaan. Mereka sedar tujuan sebenar Jepun adalah untuk telah mengatur tuntutan
kemerdekaan dan kebebasan
mengeksploitasi ekonomi Myanmar dan menjadi imperialis seperti secara baik sebelum Perang
kuasa Barat yang lain. Dunia Kedua lagi dan apabila
(b) Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun telah melahirkan menyedari akan muslihat
semangat anti-Jepun. Nasionalis tempatan telah bersatu di bawah Liga propaganda Jepun, golongan BAB
Thakin dengan segeranya
Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) yang dipimpin oleh Aung San. mengubah pendirian daripada 3
LPRAF akhirnya menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh dalam pro-Jepun dan anti-British
menuntut kemerdekaan negara. kepada anti-Jepun dan pro-
(c) Aung San dan pemimpin Thakin yang lain berpura-pura bekerjasama British. Strategi ini digunakan
oleh golongan Thakin ke arah
dengan Jepun. Sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Jepun, Aung mencapai kemerdekaan negara
San mendapat bantuan Than Thon membentuk Tentera Kemerdekaan secepat mungkin.
Myanmar yang berunsur anti-Jepun.
375
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 375 28/10/2021 4:04 PM

