Page 8 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 8
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
2 Selepas termeterainya Perjanjian Pangkor 1874, British menempatkan
Residen di Negeri-negeri Melayu. Ini selaras dengan campur tangan British BAB
secara tidak langsung. Residen menasihati sultan dalam semua perkara
pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan 1
terpaksa mematuhi dan melaksanakan nasihat Residen seperti yang berlaku
kepada Sultan Abdullah di Perak pada tahun 1875.
3 Sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh British bercorak birokrasi.
Pentadbiran negeri ditadbir oleh golongan pegawai British. Jabatan dibentuk
untuk melaksanakan tugas pentadbiran seperti pencukaian, perundangan,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
dan kehakiman. Dalam kata lain, sultan telah kehilangan kuasa dalam semua
bidang tersebut.
4 Sultan juga kehilangan kuasa sebagai pihak tunggal untuk menjatuhkan
hukuman bunuh. Tugas baginda diambil alih oleh British yang
memperkenalkan sistem perundangan berdasarkan kehakiman Barat. British
melantik hakim untuk menjalankan tugas perundangan dan kehakiman.
5 Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk untuk menggantikan Majlis Sultan. Sultan
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Mesyurat Negeri tetapi ironinya baginda
tidak mempunyai sebarang kuasa pentadbiran. Segala keputusan Majlis
Negeri dibuat oleh Residen.
6 British juga campur tangan dalam pelantikan sultan baharu. Sebelum
itu, bakal sultan adalah waris sultan yang memerintah dan pelantikan
sultan baharu mendapat persetujuan daripada pembesar. Kini, British telah
membuat keputusan dalam pelantikan sultan. Biasanya, pihak yang tidak
menentang British akan dilantik misalnya di Perak, Raja Yusuf dilantik
sebagai sultan menggantikan Sultan Abdullah selepas Perang Larut.
B Sosial
1 Sultan tidak lagi menyimpan hamba. Residen telah menghapuskan amalan
perhambaan. Ini telah menjejaskan kedudukan dan kewibawaan sultan dalam Bagi sultan, amalan
perhambaan merupakan
masyarakat Melayu tradisional. adat turun-temurun dalam
masyarakat Melayu tradisional.
Amalan ini mencerminkan
C Ekonomi kedudukan raja selain menjadi
aset ekonomi kepada sultan.
1 Residen British telah mengambil alih kuasa dan hak mengutip cukai yang
selama ini dipegang oleh Sultan.
2 British telah melantik Pegawai British yang digelar Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil bagi menjalankan tugas memungut cukai.
3 Tindakan British telah mencabar tanggungjawab sosial raja kerana
pemungutan cukai dianggap sebagai salah satu adat Melayu.
4 Sultan hanya bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
di negeri baginda.
1.1.2 Pembesar
Konsep
Hasil Pembelajaran
1 Pembesar merupakan golongan yang terdiri daripada kerabat diraja dan
bukan kerabat diraja. Mereka membantu sultan atau Yang Dipertuan Besar Menghuraikan konsep,
dalam pentadbiran di peringkat negeri, daerah, jajahan atau kampung. hierarki, dan peranan
pembesar.
2 Pembesar di institusi pemerintahan peringkat daerah atau jajahan ialah
pembesar daerah.
5
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 5 28/10/2021 3:54 PM

