Page 10 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 10
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
9 Para pembesar juga memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan
dan keselamatan negeri. Misalnya, di Negeri Sembilan, Lembaga menguruskan BAB
dan menjaga keselamatan dan keamanan kawasan anak buahnya. Di Kelantan,
hal ehwal pertahanan dan keamanan negeri diuruskan oleh Jemaah Menteri 1
Peperangan.
10 Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes
jenayah di daerah mereka. Namun, hukuman mati hanya boleh dijatuhkan
oleh sultan.
B Sosial
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1 Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dan memastikan
seluruh masyarakat di kawasannya taat kepada sultan.
2 Pembesar menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan bagi menyelesaikan
perselisihan anak buah di daerah jagaannya.
3 Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh untuk membina istana Sistem kerah merupakan
baharu, kapal untuk sultan, panggung atau pentas serta perhiasan istana sesuatu pekerjaan yang dibuat
untuk sesuatu perayaan. Pembesar melaksanakan tugas tersebut melalui tanpa diberi upah.
sistem kerah di kawasannya.
C Ekonomi Gelaran Orang Kaya-Kaya
1 Pembesar memungut cukai di kawasan pentadbiran mereka. Tugas ini diberikan kepada pembesar.
diserahkan kepada penghulu dan pemungut cukai. Kegiatan perdagangan Misalnya di Perak, gelaran
Orang Kaya-Kaya Sri Adika
di daerah pembesar akan dikenakan cukai. Cukai selalunya dipungut di Raja Syahbandar Muda yang
pangkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai. Biasanya, barang mendapat royalti daripada hasil
dikenakan cukai sebanyak 10% dan dibayar dengan barang. Pembesar akan bijih timah dan getah perca.
menyerahkan sebahagian daripada hasil cukai (ufit) kepada pemerintah
sebagai tanda kesetiaan. Misalnya, Sultan Perak mendapat $6 daripada setiap
bahara (400 paun) bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di
Perak.
2 Dari segi ekonomi, pembesar lebih berkuasa daripada sultan. Mereka
menguasai hasil perlombongan bijih timah dan menjalankan kegiatan
perlombongan melalui sistem serah dan sistem kerah. Mereka memperoleh
sumber pendapatan lumayan yang mampu menyara anak buah mereka.
Didapati bahawa ada dalam kalangan pembesar yang lebih berkuasa dan
berwibawa di daerah masing-masing berbanding dengan sultan.
3 Hal ini jelas menunjukkan bahawa kekayaan ekonomi juga bermakna
kekuasaan politik. Kekayaan ekonomi terletak pada pembesar dan bukannya
sultan. Kekayaan ekonomi inilah yang memperkukuhkan kekuasaan dan
kewibawaan pembesar di daerah dan negeri.
4 Dari segi ekonomi, pembesar juga menjalankan kegiatan perdagangan tetapi
dengan izin sultan. Namun, mereka tidak terlibat secara langsung kerana
mereka hanya mengeluarkan modal. Urusan perdagangan dijalankan oleh
wakil-wakil yang dilantik.
5 Para pembesar juga membantu membangunkan ekonomi negeri. Mereka
memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan lancar. Mereka
menentukan timbangan dan sukatan yang betul. Misalnya, Jemaah Menteri
Perbendaharaan di Kelantan mengendalikan harta benda dan hasil mahsul
negeri.
6 Pembesar juga bertanggungjawab menjaga kawasan perniagaan daripada
pencerobohan lanun, mengawasi pedagang, menjaga hal ehwal pedagang
asing, mengaturkan tempat perniagaan, dan menyediakan gudang untuk
menyimpan barang-barang.
7
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 7 28/10/2021 3:54 PM

