Page 13 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 13

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)
                                           4  Golongan pembesar di Johor terdiri daripada kerabat diraja, iaitu Tengku,
           BAB                                Ungku, Raja, dan Wan serta golongan Tuan / Dato’ (bukan berdarah
                                              Raja). Mereka dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat atau Majlis Negeri.
          1                                   Pembesar kanan seperti kerabat diraja, Menteri Besar, dan Setiausaha Negeri
                                              sering bermesyuarat dengan sultan, menasihati dan membantu baginda
                                              dalam melaksanakan tugas pentadbiran negeri.
                                           5  Pembesar yang terkemuka di Johor ialah:
                                              (a)  Dato’ Jaafar bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang
                  Foto 1.3  Dato’ Jaafar bin      pertama dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran negeri Johor.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                      Muhammad                (b)  Dato’ Muhammad Salleh bin Perang dikenali sebagai Dato’ Bentara
                                                  Luar. Beliau merancang dan mengawal pembangunan negeri serta
                                                  merancang pengurusan kewangan negeri Johor.
                                              (c)  Dato’ Abdul Rahman bin Andak  digelar  Dato’ Seri Amar Diraja
                                                  menjadi pembantu kepada Menteri Besar. Tugas utama beliau ialah
                                                  mengawal  hubungan  Johor  dengan  British,  mengeratkan  hubungan
                                                  Johor dengan pegawai British dan pedagang asing, serta memastikan
                                                  British tidak menguasai Johor.
                                              (d)  Dato’ Muhammad Ibrahim Munshi  digelar Dato’ Bentara Dalam
                                                  dan Bapa Pendidikan Melayu Johor.  Beliau merupakan Ketua Jabatan
                 Foto 1.4  Dato’ Muhammad         Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883.  Beliau mendirikan
                    Salleh bin Perang             banyak sekolah dan mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada
                                                  semua rakyat Johor. Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri yang
                                                  pertama pada tahun 1893.

                                          C   Sistem Pembesar di Pahang
                                           1  Di Pahang, Bendahara memainkan peranan penting dalam pemerintahan.
                                              Beliau bertanggungjawab mengendalikan urusan perhubungan luar,
                                              mengetuai peperangan, mengadili kes-kes perbicaraan, serta menjadi
                                              lambang perpaduan rakyat.
                                           2  Bendahara sangat bergantung kepada peranan Orang Besar Berempat seperti
                                              Orang Kaya Indera Shahbandar,  Orang Kaya Indera Maharaja Perba,  Orang
                                              Kaya Indera Segara, dan Orang Kaya Indera Pahlawan. Orang Besar Berempat
                                              akan  mengenakan  cukai  atau kutipan lain  apabila  keadaan  memerlukan.
                                              Contohnya, pembesar boleh memungut cukai daripada setiap penduduk
                                              di daerah mereka untuk membiayai perbelanjaan ke Pekan bagi tujuan
                                              mengadap sultan.
                Foto 1.5  Dato’ Abdul Rahman     3  Pembesar boleh mengenakan cukai terhadap barang yang diimport dan
                       bin Andak
                                              dieksport di daerah masing-masing. Kadangkala, mereka memegang hak
                                              monopoli terhadap barang tertentu yang kemudian dijual kepada rakyat
                                              dengan harga yang lebih tinggi.
                                           4  Orang Besar Berempat juga mengadili kes jenayah dan awam. Pada teorinya,
                                              hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan tetapi secara praktiknya,
                                              pembesar berkuasa penuh di daerah mereka. Biasanya semakin jauh daerah
                                              itu dari Pekan, semakin kuat kuasa dan kebebasan Orang Besar Berempat.
                                              Mereka  menjadi  ahli  dalam  Majlis  Penasihat  Istana. Sultan  memerlukan
                                              mereka dalam perundingan tentang hal-hal negeri yang penting.
                                           5  Di bawah Orang Besar Berempat ialah Orang Besar Berlapan. Ini diikuti
                                              oleh Orang Besar Enam Belas. Pembesar di kedua-dua lapisan ini mempunyai
                 Foto 1.6  Dato’ Muhammad     hak kuasa pencukaian dan kehakiman tetapi tertakluk kepada hak kuasa
                     Ibrahim Munshi
                                              pembesar yang lebih atas daripada mereka. Terdapat dua Orang Pembesar
                                              Berlapan yang mempunyai hak kuasa yang sama dengan Orang Besar
                                              Berempat. Mereka ialah Orang Kaya Lipis dan Orang Kaya Semantan.



               10





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   10                                                                28/10/2021   3:54 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18