Page 11 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 11

Sejarah Semester 3  STPM  Bab 1  Masyarakat (Bhg. A)

                            ’10          Sistem dan Peranan Pembesar di Negeri-negeri Melayu Sebelum
           BAB                           Campur Tangan British

          1                               A   Sistem Pembesar di Perak
                                           1  Di Perak, pembesar merupakan ketua bagi unit politik daerah. Pembesar
                                              Perak berkuasa melantik bakal sultan. Mereka berpengaruh dalam pelantikan
                                              bakal pemerintah. Sebagai contoh, Raja Yusof diketepikan daripada jawatan
                                              Raja Di Hilir dan gagal menjadi Sultan pada tahun 1873 kerana beliau tidak
                                              mendapat sokongan daripada pembesar Perak.
                       Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                                           2  Pembesar Perak terbahagi kepada beberapa lapisan. Majlis Orang Besar
                                              Berempat terdiri daripada empat orang pembesar, iaitu Raja Bendahara,
                                              Orang Kaya Besar Diraja Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung,
                                              dan Orang Menteri Paduka Tuan.
                                           3  Orang Besar Berempat merupakan orang kanan dalam pentadbiran negeri.
                                              Mereka berkuasa di daerah masing-masing dan pentadbiran kerajaan negeri.
                                              Raja Bendahara bertugas sebagai pemangku dan pelantik raja. Orang Kaya
                                              Besar Diraja Penghulu Bendahari menyelenggara istana raja. Orang Kaya
                                              Temenggung bertugas sebagai ketua mukim Kota Lama manakala Orang
                                              Menteri Paduka Tuan berkuasa di Larut.
                                           4  Di bawah lapisan Orang Besar Berlapan ialah Orang Besar Enam Belas dan
                                              Orang Besar Tiga Puluh Dua. Pembesar-pembesar ini mendapat gelaran
                                              daripada pihak yang mempunyai hubungan dengan Orang Besar Berempat
                                              dan Orang Besar Berlapan. Kedua-dua golongan tersebut memainkan
                                              peranan penting dalam pentadbiran negeri.




               (a)  Orang Kaya-Kaya Maharaja
                  Lela Tan Lela Putra                                       (a)  Bendahara (sehingga abad ke-18)
               (b)  Orang Kaya-Kaya Laksamana              Orang            (b)  Penghulu Bendahari
                  Raja Mahkota                             Besar            (c)  Temenggung
               (c)  Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja        Berempat          (d)  Menteri
                  Syahbandar Muda
               (d)  Orang Kaya-Kaya Syahbandar           Orang Besar
                  Paduka Indra                            Berlapan
               (e)  Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta
                  Sri Amar Bangsa Diraja                                             Muncul pada awal
               (f)  Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit       Orang Besar                 abad ke-20
                  Gantang Sri Amar Diraja                Enam Belas
               (g)  Orang Kaya-Kaya Sri Agar Diraja                                  Mendapat gelaran
               (h)  Orang Kaya-Kaya Imam Paduka          Orang Besar                 daripada Orang Besar
                  Tuan                                  Tiga Puluh Dua               Berempat dan Orang
                                                                                     Besar Berlapan




                                           5  Kesemua pembesar tersebut dilantik oleh sultan melalui surat kuasa atau
                                              surat tauliah. Ini bermakna terdapat hubungan dua hala, iaitu sultan melantik
                                              pembesar negeri manakala pembesar negeri melantik sultan.
                                           6  Apabila pembesar dilantik dan diberi surat tauliah, mereka mempunyai kuasa
                                              untuk menguruskan pentadbiran hal tempatan, perundangan, pertahanan,
                                              dan pemungutan cukai di daerah masing-masing. Pembesar juga mempunyai
                                              tanggungjawab terhadap adat istiadat. Pembesar akan dibantu oleh timbalan
                                              mereka dalam melaksanakan tugas harian.



               8





         01(A) PraU SEJ P3 1P.indd   8                                                                 28/10/2021   3:54 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16