Page 9 - Pra U STPM 2022 Penggal 3 - Sejarah
P. 9
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
3 Pembesar daerah dibahagikan kepada beberapa lapisan yang mencerminkan
BAB kedudukan, keistimewaan, dan kuasa mereka dalam sistem politik dan
masyarakat.
1 4 Mereka dilantik terus oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Mereka
amat menghormati dan mentaati sultan.
5 Pembesar di peringkat kampung ialah ketua kampung atau dikenali sebagai
penghulu atau penggawa. Di Kelantan, penghulu dikenali sebagai Tok Kweng.
Petua Pemeriksa
6 Golongan ini penting sebagai perantara antara pembesar dengan rakyat.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Calon tidak boleh
mengemukakan peranan Hierarki
pembesar zaman Kesultanan
Melayu Melaka pada abad 1 Pada amnya, pembesar dibahagikan kepada Pembesar Berempat, Pembesar
ke-15 kerana skop masa Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
bagi Sejarah Malaysia ialah
1800 – 2000.
Peranan Pembesar Peringkat Daerah / Jajahan
Kedudukan dan kekuatan A Politik
pembesar disokong oleh
sultan melalui pemberian 1 Pembesar daerah memperoleh hak memerintah sebuah kawasan melalui surat
gelaran dan cap mohor. tauliah daripada sultan atau Yang Dipertuan Besar. Kawasan pentadbiran
pembesar ini dikenali sebagai “kawasan pegangan” yang merupakan anugerah
daripada sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka atau
menjadi pentabir daerah atau jajahan.
2 Misalnya, di Perak, pembesar seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim
mendapat hak memerintah Larut, Dato’ Maharaja Lela di Pasir Salak, dan
Dato’ Sagor di Kampung Gajah. Di Selangor, Raja Jumaat mentadbir kawasan
Lukut, di Kelantan, Temenggung Aria Pahlawan Long Tua di Galas dan
di Pahang pula, Dato’ Bahaman mendapat kawasan Semantan. Kawasan
pentadbiran pembesar ini dikenali sebagai “kawasan pegangan”.
3 Pembesar tersebut akan memegang jawatan seumur hidup atau sepanjang
hayat pemerintah yang menganugerahkan jawatan tersebut. Apabila
pembesar meninggal dunia, maka jawatan tersebut akan diwarisi oleh
anaknya.
4 Sebagai balasan terhadap anugerah sultan tersebut, pembesar menunjukkan
ketaatan melalui istiadat menjunjung duli. Istiadat ini dilakukan di balairung
seri ketika menghadap dan menyembah sultan.
5 Pembesar memainkan peranan penting dalam bidang politik. Mereka
merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan
sehingga mempunyai kuasa untuk melantik raja. Misalnya, empat orang
Majlis Pembesar di Perak Undang di Negeri Sembilan (Undang Jelebu, Undang Rembau, Undang Johol
terlalu kuat sehingga mampu dan Undang Sungai Ujong) akan melantik Yang Dipertuan Besar.
campur tangan dalam sistem 6 Pada pertengahan abad ke-19, peranan pembesar semakin menonjol dan
pewarisan takhta. Selepas mereka mempunyai cap mohor sendiri dalam melaksanakan tugas. Mereka
kemangkatan Sultan Ali pada
tahun 1871, Raja Ismail, mempunyai hubungan erat dengan rakyat. Oleh demikian, pembesar ibarat
iaitu Raja Bendahara dilantik “jambatan” yang menghubungkan rakyat dengan pemerintah.
sebagai sultan oleh pembesar- 7 Pembesar juga bertanggungjawab menyediakan dan membekalkan tenaga
pembesar Perak. Raja Abdullah
sebagai Raja Muda sepatutnya ketenteraan untuk mempertahankan negara. Mereka juga memastikan
ditabal menjadi sultan penduduk di bawah jagaan mereka taat kepada pemerintah.
mengikut sistem pewarisan 8 Para pembesar menjadi penasihat atau ahli Jemaah Penasihat Sultan.
takhta. Raja Yusuf yang pernah
memegang jawatan Raja Di Misalnya, di Kelantan, Sultan Muhammad I (1801 – 1836) telah melantik
Hilir diketepikan kerana tidak beberapa orang pembesar membantu pentadbiran baginda. Di Johor, Sultan
disukai oleh pembesar Perak. Abu Bakar (1862 – 1895) telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati
Sultan dalam pentadbiran negeri.
6
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 6 28/10/2021 3:54 PM

